Showing posts with label pilihanraya kecil. Show all posts
Showing posts with label pilihanraya kecil. Show all posts

Monday, March 7, 2011

PRK Merlimau: Calon PAS Tak Mengundi,Yang Lain Jom Keluar Pengundi


Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan.

Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau.

Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan.

Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad.

PRK Kerdau: SPR Yakin Peratusan Keluar Mengundi Meningkat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan keluar mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan melebihi sasaran awal iaitu 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan terkini peratusan keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi iaitu sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.

"Sekarang masih awal, namun jumlah pengundi keluar mengundi sehingga kini sangat baik dan memberangsangkan.

"Dengan keadaan cuaca yang baik, saya yakin kita akan capai peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus," katanya selepas meninjau pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, Ahad.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di DUN Kerdau ialah seramai 8,999 orang.

Saturday, February 19, 2011

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau Serentak Dengan Merlimau


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Wednesday, February 16, 2011

Dua Wanita Antara Enam Yang Dicadangkan Umno Kuala Krau Untuk DUN Kerdau


Dua wanita adalah antara enam nama yang dicadangkan oleh Umno Kuala Krau untuk dipilih pucuk pimpinan parti bagi mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau.

Ketua Umno Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said berkata, senarai itu akan dibincangkan dengan Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob selaku Pengerusi Perhubungan Umno Pahang dalam tempoh yang terdekat.

"Kita akan menemui Menteri Besar untuk membincangkan calon yang layak bertanding nanti dan kita akan akur dengan calon yang bakal dipilih itu," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Beliau yang ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Bahagian itu, berkata antara lain mesyuarat tersebut membincangkan gerak kerja parti bagi menghadapi pilihan raya kecil berkenaan.

Kerusi DUN Kerdau kosong selepas penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim yang mewakili BN meninggal dunia akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Friday, February 11, 2011

PRK Merlimau - Tujuh Nama Diserah Oleh Umno Jasin


Umno Bahagian Jasin telah mengemukakan tujuh nama untuk dipertimbangkan sebagai calon pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang akan berlangsung, 6 Mac ini.

Ketuanya Datuk Ahmad Hamzah berkata senarai nama tersebut telah diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

"Kita telah kemukakan tujuh nama

Monday, January 24, 2011

Pilihan Raya Kecil Merlimau: Umno Jasin Kemukakan Tiga Nama Calon

Belum sudah Pilihanraya Kecil (PRK) Dun Tenang, Kini hangat plak di Merlimau..wah3..dengar-dengar Umno jasin akan kemukakan 3 nama calon.wah..jom tengok sumber yang suarapeople dapat.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam meminta Umno Bahagian Jasin mengemukakan tiga calon yang akan dipilih bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.

Beliau berkata, senarai pendek itu akan diserahkan kepadanya selaku Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri dan dikemukakan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat untuk diputuskan.

Mengulas mengenai beberapa individu melobi untuk dinamakan sebagai calon, Mohd Ali berkata
Related Posts with Thumbnails