Friday, March 11, 2011

Faizal Tahir Sertai Kumpulan Hujan ?


TIDAK! Sebenarnya Faizal Tahir telah dijemput oleh TV3 untuk Rancangan Mentor 5, sebagai ‘surprise’ kepada Ayish, protege Noh Hujan. Segmen sesi latihan studio ini bakal dimuatkan dalam Jurnal Mentor 5 menjelang Konsert Pertama Kumpulan A.

Ayish bakal mendendangkan sebuah lagu Faizal Tahir. Apakah lagunya? Nantikan pada konsert Ahad ini, 13 Mac 2011. Kehadiran Faizal Tahir dilihat bersesuaian kerana beliau sempat memberi beberapa nasihat yang berguna untuk Ayish. Antaranya, Faizal telah memesan kepada Ayish tidak terlalu gusar dengan penerimaan penonton akan persembahannya. Bahkan Ayish harus menonjolkan sifatnya sendiri, terutama ketika penyampaian nyanyiannya.

Kita nantikan persembahan Ayish, Ratnah dan Shiha untuk Konsert Pertama Kumpulan A Mentor 5 hari Ahad ini jam 9 malam di TV3.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails