Showing posts with label rancangan realiti. Show all posts
Showing posts with label rancangan realiti. Show all posts
Friday, March 11, 2011
Faizal Tahir Sertai Kumpulan Hujan ?
TIDAK! Sebenarnya Faizal Tahir telah dijemput oleh TV3 untuk Rancangan Mentor 5, sebagai ‘surprise’ kepada Ayish, protege Noh Hujan. Segmen sesi latihan studio ini bakal dimuatkan dalam Jurnal Mentor 5 menjelang Konsert Pertama Kumpulan A.
Ayish bakal mendendangkan sebuah lagu Faizal Tahir. Apakah lagunya? Nantikan pada konsert Ahad ini, 13 Mac 2011. Kehadiran Faizal Tahir dilihat bersesuaian kerana beliau sempat memberi beberapa nasihat yang berguna untuk Ayish. Antaranya, Faizal telah memesan kepada Ayish tidak terlalu gusar dengan penerimaan penonton akan persembahannya. Bahkan Ayish harus menonjolkan sifatnya sendiri, terutama ketika penyampaian nyanyiannya.
Kita nantikan persembahan Ayish, Ratnah dan Shiha untuk Konsert Pertama Kumpulan A Mentor 5 hari Ahad ini jam 9 malam di TV3.
Tuesday, February 8, 2011
AF9 - Kontroversi di Sebalik Ahmad Dhani Sebagai Pengetua AF9
PROGRAM Akademi Fantasia (AF) tidak pernah sepi daripada kontroversi. Itulah realitinya sejak lapan musim AF bersiaran.
Malah ketika AF9 pada tahun ini disahkan sebagai rancangan realiti terakhir diterbitkan Astro, kontroversi terus tercetus apabila vokalis kumpulan Dewa 19, Ahmad Dhani, dikatakan akan menerajui program tersebut sebagai pengetua.
Walaupun pihak Astro belum membuat kenyataan rasmi siapakah yang bakal dilantik untuk memegang jawatan itu, tetapi khabar angin yang mula bertiup mengatakan
Subscribe to:
Posts (Atom)


