Showing posts with label mentor 5. Show all posts
Showing posts with label mentor 5. Show all posts
Monday, May 30, 2011
Salma Juara Mentor 5 - Keputusan Final Mentor 5
Tahniah suarapeople ucapkan kepada Salma dan Erra Fazira yang telah merangkul gelaran Juara Mentor 5. Jumlah markah 85 yang diperolehi oleh Salma ternyata jauh meninggalkan Shiha dan Iqa. Walaupun mendapat rendah daripada juri awam, juri profesional dan juri SMS tidak buta dalam menilai keupayaan Salma.
Tahniah sekali lagi kepada Salma dan kepada Erra Fazira.
Friday, March 11, 2011
Faizal Tahir Sertai Kumpulan Hujan ?
TIDAK! Sebenarnya Faizal Tahir telah dijemput oleh TV3 untuk Rancangan Mentor 5, sebagai ‘surprise’ kepada Ayish, protege Noh Hujan. Segmen sesi latihan studio ini bakal dimuatkan dalam Jurnal Mentor 5 menjelang Konsert Pertama Kumpulan A.
Ayish bakal mendendangkan sebuah lagu Faizal Tahir. Apakah lagunya? Nantikan pada konsert Ahad ini, 13 Mac 2011. Kehadiran Faizal Tahir dilihat bersesuaian kerana beliau sempat memberi beberapa nasihat yang berguna untuk Ayish. Antaranya, Faizal telah memesan kepada Ayish tidak terlalu gusar dengan penerimaan penonton akan persembahannya. Bahkan Ayish harus menonjolkan sifatnya sendiri, terutama ketika penyampaian nyanyiannya.
Kita nantikan persembahan Ayish, Ratnah dan Shiha untuk Konsert Pertama Kumpulan A Mentor 5 hari Ahad ini jam 9 malam di TV3.
Subscribe to:
Posts (Atom)