Tuesday, September 20, 2011

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia

Kim Swee yakin cipta kejutan



Ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee tetap optimis dan mengharapkan anak buahnya melakar kejutan menjelang pusingan pertama kelayakan Olimpik menentang Jepun Rabu ini.

Persediaan rapi sejak Julai lalu oleh skuad Olimpik negara diharap membuahkan hasil, namun 10 perlawanan persahabatan dan siri jelajah ke Slovakia dilihat masih jauh belum mencukupi jikan dibandingkan dengan Jepun.

Jepun dilihat memiliki kelebihan berbanding Malaysia kerana jumlah perlawanan antarabangsa kelas A yang dilalui oleh mereka lebih banyak, namun bagi Kim Swee ia bukan alasan untuk pemainnya tidak beraksi dengan baik.

"Bagi saya, semua persediaan rapi sudah dibuat. Kini, tumpuan para pemain mestilah di dalam perlawanan dan segala pengalaman yang pemain miliki harus diterjemahkan di atas padang nanti," kata Kim Swee.

Disamping itu, skuad negara yang ketika ini sedang berlatih di Fukuoka bakal berhadapan perlawanan di dalam cuaca sejuk dan hujan lebat tetapi Kim Swee menegaskan faktor cuaca tidak akan mengganggu prestasi para pemainnya.

"Kami telah berlatih di dalam cuaca sejuk di Slovakia, kalau hujan di Malaysia pun sering hujan. Bagi saya, tiada alasan buat pemain bermain sambil lewa. Mereka perlu melakukan yang terbaik menentang Jepun nanti," tambah Kim Swee lagi.

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia ini akan disiarkan secara langsung di Saluran ASTRO Supersport.

2 comments:

suarakomputer dot com said... [Reply to comment]

semoga pasukan kite menang.....

Personality Test said... [Reply to comment]

I can see the happiness in their winning moments.Its just feeling speechless.

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails