Showing posts with label ultras malaya. Show all posts
Showing posts with label ultras malaya. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia

Kim Swee yakin cipta kejutan



Ketua jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee tetap optimis dan mengharapkan anak buahnya melakar kejutan menjelang pusingan pertama kelayakan Olimpik menentang Jepun Rabu ini.

Persediaan rapi sejak Julai lalu oleh skuad Olimpik negara diharap membuahkan hasil, namun 10 perlawanan persahabatan dan siri jelajah ke Slovakia dilihat masih jauh belum mencukupi jikan dibandingkan dengan Jepun.

Jepun dilihat memiliki kelebihan berbanding Malaysia kerana jumlah perlawanan antarabangsa kelas A yang dilalui oleh mereka lebih banyak, namun bagi Kim Swee ia bukan alasan untuk pemainnya tidak beraksi dengan baik.

"Bagi saya, semua persediaan rapi sudah dibuat. Kini, tumpuan para pemain mestilah di dalam perlawanan dan segala pengalaman yang pemain miliki harus diterjemahkan di atas padang nanti," kata Kim Swee.

Disamping itu, skuad negara yang ketika ini sedang berlatih di Fukuoka bakal berhadapan perlawanan di dalam cuaca sejuk dan hujan lebat tetapi Kim Swee menegaskan faktor cuaca tidak akan mengganggu prestasi para pemainnya.

"Kami telah berlatih di dalam cuaca sejuk di Slovakia, kalau hujan di Malaysia pun sering hujan. Bagi saya, tiada alasan buat pemain bermain sambil lewa. Mereka perlu melakukan yang terbaik menentang Jepun nanti," tambah Kim Swee lagi.

Perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia antara Jepun dan Malaysia ini akan disiarkan secara langsung di Saluran ASTRO Supersport.

Sunday, February 27, 2011

Apa ada pada Ultras Malaya


TANPA dibiayai mana-mana pihak, sekumpulan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya sentiasa hadir memenuhkan segenap ruang stadium sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya.

Kumpulan penyokong itu akan berdiri sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, dan akan menyanyi tanpa henti sambil diiringi paluan gendang skuad pemalu gendang ultras, selain melakukan persembahan melalui mafla, bendera, kad dan sebagainya untuk membangkit rasa ghairah dan memeriahkan suasana stadium.

Bagi mereka, apa yang penting adalah menunjukan semangat patriotik pada negara dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan.

Pengendali ultrasmalaya.net, Arif Billah Idris berkata, sebenarnya mereka berhimpun memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sejak tahun 2007, bukan sekadar selepas pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Menurutnya, ketika itu, mereka akan menyanyi, bersorak dan bergendang walaupun hanya menonton melalui kaca televisyen di kedai makan.

Monday, February 21, 2011

Olympic Qualifying : Malaysia-U23 vs Pakistan U-23


images kredit to : wawanfaiz.com



salam,tak sabar menanti perlawanan kelayakan olimpik perlawanan bola sepak diantara malaysia vs pakistan


mungkinkah malaysia mengekalkan rentak kemenangan selepas menang ke atas hong kong?


hohoh tak sabar nak tunggu live perlawanan malaysia vs pakistan nanti :)


Thursday, February 10, 2011

Perlawanan Persahabatan (Live)-Perlawanan Malaysia vs Hong kong

Malam ini Live perlawanan bola sepak persahabatan antara Malaysia vs Hong Kong akan berlangsung di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam (9 Februari 2011). Perlawanan ini dinanti-nantikan oleh peminat bola sepak Malaysia setelah Malaysia bergelar juara Piala Suzuki AFF 2010 baru-baru ini..berjayakah malaysia mengekalkan rentak permainan yang cemerlang? sama-sama kita saksikan..ohh yea!


Siaran secara langsung (live) Perlawanan Malaysia vs Hong Kong boleh diikuti di Astro Arena channel 801 pada pukul 8.45 malam.
tak sabar suarapeople nak tunggu keputusan penuh perlawanan bolasepak Malaysia vs Hong Kong. Kalau tak ada apa-apa masalah, suarapeople  akan update kedudukan terkini. sekian :)

Malaysia Vs Hongkong


Jom Lihat Keputusan Penuh Malaysia vs Hong Kong


Saturday, December 25, 2010

Ultras Malaya Bakal Gegarkan Bukit Jalil


Pasukan sorak fanatik Malaysia,Ultras Malaya yg akan menggegarkan Bukit Jalil Besok!
untuk
Final Piala Suzuki 2010

lokasi kedudukan ultras malaya di bukit jalil esok : tengok sini

Jom Layan Video Pasukan Sorak Fanatik Malaysia ini.






SUARAPEOPLE : harap semua pakai baju kuning + hitam...jom kita berikan sokongan ke atas pasukan bolasepak kita. :) Malaysia Boleh!

Ultras Malaya Bakal Gegarkan Bukit Jalil


Pasukan sorak fanatik Malaysia,Ultras Malaya yg akan menggegarkan Bukit Jalil Besok!
untuk
Final Piala Suzuki 2010

lokasi kedudukan ultras malaya di bukit jalil esok : tengok sini

Jom Layan Video Pasukan Sorak Fanatik Malaysia ini.

Monday, December 20, 2010

Final Piala Suzuki 2010 - Malaysia vs Indonesia

MALAYSIA VS INDONESIA
26 DISEMBER 2010
8 MALAM
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
 
ayuh malaysia! misi untuk membalas dendam! kembalikan maruah bola sepak malaysia!
tak sabar nak tengok secara live final piala suzuki 2010,jom ke stadium!!!
 
MALAYSIA BOLEH !
MALAYSIA BOLEH !
MALAYSIA BOLEH !
Related Posts with Thumbnails