Showing posts with label UT. Show all posts
Showing posts with label UT. Show all posts

Sunday, February 27, 2011

Apa ada pada Ultras Malaya


TANPA dibiayai mana-mana pihak, sekumpulan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya sentiasa hadir memenuhkan segenap ruang stadium sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya.

Kumpulan penyokong itu akan berdiri sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, dan akan menyanyi tanpa henti sambil diiringi paluan gendang skuad pemalu gendang ultras, selain melakukan persembahan melalui mafla, bendera, kad dan sebagainya untuk membangkit rasa ghairah dan memeriahkan suasana stadium.

Bagi mereka, apa yang penting adalah menunjukan semangat patriotik pada negara dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan.

Pengendali ultrasmalaya.net, Arif Billah Idris berkata, sebenarnya mereka berhimpun memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sejak tahun 2007, bukan sekadar selepas pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Menurutnya, ketika itu, mereka akan menyanyi, bersorak dan bergendang walaupun hanya menonton melalui kaca televisyen di kedai makan.

Saturday, December 25, 2010

Ultras Malaya Bakal Gegarkan Bukit Jalil


Pasukan sorak fanatik Malaysia,Ultras Malaya yg akan menggegarkan Bukit Jalil Besok!
untuk
Final Piala Suzuki 2010

lokasi kedudukan ultras malaya di bukit jalil esok : tengok sini

Jom Layan Video Pasukan Sorak Fanatik Malaysia ini.






SUARAPEOPLE : harap semua pakai baju kuning + hitam...jom kita berikan sokongan ke atas pasukan bolasepak kita. :) Malaysia Boleh!
Related Posts with Thumbnails