Showing posts with label harimau malaya. Show all posts
Showing posts with label harimau malaya. Show all posts

Tuesday, September 20, 2011

Hujan - Rumah Kita (Harimau Malaya Compilation Video)


Lagu Dari Hujan Untuk Harimau Malaya.. Hujan - Rumah Kita


Harapan Besar Untuk Melihat Malaysia Menang Ke Atas Jepun.. Mampukah ?

Saturday, July 23, 2011

Siaran Langsung Singapura Vs Malaysia

KELAYAKAN PIALA DUNIA ZON ASIA (R2)


23 Julai 2011
SINGAPORE vs MALAYSIA


Stadium Jalan Besar


Kick Off 7.30 mlm



LIVE Astro Arena 801 ( 7.00 mlm )
LIVE TV2 ( 7.15 mlm )
Kickoff  ( 7.30 mlm )


Doakan Kemenangan Harimau Malaya !!


Selamanya!! Selamanya!! Selamanya Harimau Malaya!!!!

Friday, July 15, 2011

Harimau Muda bercita-cita sekat dominasi Jepun

Meskipun Skuad Malaysia terpaksa bersaing dengan gergasi Asia, Jepun dalam kelayakan Olimpik Asia, namun jurulatih Ong Kim Swee jelas begitu optimistik skuadnya mampu melakukan kejutan.

Turut bersama Malaysia dalam kumpulan C ialah Syria dan Bahrain, yang mana ada pihak berpendapat skuad negara bakal menerima cabaran sukar dan tidak ketinggalan ada juga yang menganggap mereka bernasib baik.

Apapun cabarannya, Kim Swee nyata mahu mengetepikan perasaan gusar dan gementar sebalikya menumpukan perhatian dalam memperkukuhkan corak permainan.

"Memang kami tahu, Jepun adalah pasukan terkuat Asia manakala Syria dan Bahrain juga banyak melibatkan diri dalam arena bola sepak antarabangsa. Pun begitu, ia tidak menjadi alasan untuk kami berasa gementar.

"Untuk menjadi pasukan yang hebat anda tidak boleh memilih pasukan lawan. Untuk itu, kami harus fokus dalam satu demi satu perlawanan. Apa yang pasti, bertemu Jepun adalah tugas paling mencabar," katanya.

Kim Swee juga menjelaskan pihaknya tidak akan membuat perubahan besar bagi menghadapi saingan itu, sebaliknya hanya akan memanggil beberapa pemain baru dari pasukan negeri.

"Kami akan membuat pemilihan pemain baru pada 11 Julai ini untuk memperkukuhkan jentera. Kami tidak akan membuat perubahan besar lebih-lebih lagi kerana kesuntukan masa," katanya.

Salah seorang Jurulatih berpengalaman, Datuk M. Karathu, turut diminta mengulas mengenai kemampuan Malaysia untuk bersaing dengan juara Asia itu dalam kumpulan C. Ini komen beliau:

Sunday, February 27, 2011

Apa ada pada Ultras Malaya


TANPA dibiayai mana-mana pihak, sekumpulan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya sentiasa hadir memenuhkan segenap ruang stadium sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya.

Kumpulan penyokong itu akan berdiri sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, dan akan menyanyi tanpa henti sambil diiringi paluan gendang skuad pemalu gendang ultras, selain melakukan persembahan melalui mafla, bendera, kad dan sebagainya untuk membangkit rasa ghairah dan memeriahkan suasana stadium.

Bagi mereka, apa yang penting adalah menunjukan semangat patriotik pada negara dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan.

Pengendali ultrasmalaya.net, Arif Billah Idris berkata, sebenarnya mereka berhimpun memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sejak tahun 2007, bukan sekadar selepas pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Menurutnya, ketika itu, mereka akan menyanyi, bersorak dan bergendang walaupun hanya menonton melalui kaca televisyen di kedai makan.

Friday, December 17, 2010

Piala Suzuki 2010 Malaysia Perlu Menang ?

Salam,Sabtu 18hb Disember 2010 ( besok! ) menang kah malaysia menentang vietnam di hanoi ?
perghh sampai sekarang suarapeople masih berdebar-debar...nak sangat malaysia mara ke perlawanan akhir piala suzuki 2010..harap-harap sokongan kita dari jauh membuahkan hasil..wah3..
Related Posts with Thumbnails