Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts
Showing posts with label Rozita Che Wan. Show all posts

Thursday, April 11, 2013

Kalau Comot, Suami Pun Tak Lalu Makan – Rozita Che Wan

Rozita Che Wan

Pelakon yang terkenal dengan imej seksi dan gemar memakai bulu mata palsu, Rozita Che Wan akui dirinya akan tetap mengekalkan imej sebegitu meskipun mengikuti program MasterChef Selebriti Malaysia Musim Kedua yang bakal berlangsung di Astro Ria mulai 20 April ini.

Menurut Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa sebagai Che Ta, dirinya tidak mengalami sebarang masalah sewaktu mengikuti program tersebut walaupun dia memasak dengan gaya yang elegan.
Betul (masak dengan gaya ala majlis anugerah). Nak masak tak semestinya kena pakai comot-comot. Kita berpakaian cantik pun kita boleh masak. Tak semestinya orang yang cantik itu tak pandai masak.

Kalau masak pakai comot-comot, suami pun tak lalu makanlah. Solekan saya pun tak adalah luntur ke apa ke. Elok saja. Tak adalah pula bulu mata terjatuh dalam rendang. Tak ada masalah.

Dalam pada itu, Che Ta turut kongsikan pengalamannya sewaktu memasak ketika cuaca panas dan akui masih boleh teruskan cabaran tersebut meskipun cuaca pada ketika itu mencacatkan sedikit solekannya.
Apabila cabaran di luar, masak selama tiga jam di padang polo ketika cuaca panas, cuma ambil tisu untuk lap peluh.

Memang tak ada masa untuk betulkan solekan dan dengan muka macam itu lah, kami hidangkan makanan – Ujar Che Ta menerusi laporan Sinar Harian.

Saturday, September 17, 2011

Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita

Itu Fesyen ‘Bohemian’, Bukan Purdah – Rozita




Pakaian ‘Bohemian’ yang menjadi kontroversi apabila dikatakan Purdah.

KEHIDUPAN aktres jelita, Rozita Che Wan, tidak lekang dari gosip dan kontroversi, hanya selang seminggu, pasti ada sahaja cerita yang terpalit.

Kerana kejelitaannya, Rozita sering menjadi fokus semua pihak bila muncul pada mana-mana majlis.

Kebanyakkan cerita yang digembar-gemburkan pula kurang enak didengar, sama ada ia soal peribadi mahupun kerjayanya.

Terbaru pakaian aktres berstatus janda ini pada Anugerah Skrin 2009(ASK) dikatakan menghina pemakaian dalam Islam. Dia dianggap telah memperlekehkan pemakaian purdah apabila menutup dibahagian muka tetapi menonjolkan bahagian kaki.

“Fesyen pakaian yang saya gayakan pada malam tersebut merupakan rekaan adik saya Ruby.

“Apa yang saya pakai adalah fesyen pakaian Bohemian bukan Purdah, kalau Purdah saya tutup kepala (tudung),

“Saya tidak ada niat langsung untuk mempermainkan pakaian Purdah, ini hanya fesyen, tapi saya rasa tidaklah seksi sangat sebab sebelum ini juga saya sering memakai skrit seperti ini” ujar Rozita yang pernah digosipkan dengan pemain bola Selangor, Asrarudin Putra Omar.


Lagi Gambar dan Ulasan.


Sunday, April 11, 2010

Rahsia Rozita Che Wan berbadan montok

Rahsia Rozita Che Wan berbadan montok
[Image: 4409849929_274e88084b_o.jpg]

Rozita Che Wan baru balik dari umrah
[Image: 4409849931_07847cfa11_o.jpg]
Rozita Che Wan ialah ibu tunggal kepada dua orang anak tapi ramai yang menganggapnya mempunyai bentuk badan yang montok dan seksi. Selain dari montok dan seksi, Rozita Che Wan berbadan cantik dan ramping.

“Ye ke badan saya montok? Siapa yang cakap? Ikutkan saya tiada apa-apa rahsia untuk memiliki badan seperti ini. Cuma saya menjaga makan dan melakukan senaman ringan apabila ada masa lapang.” Mengenai penjagaan muka pula, Rozita Che Wan kata dia hanya mengekalkan penjagaan kulit mukanya melalui produk Garnier Age Lift.

Antara drama dan filem lakonannya adalah ‘Susuk 2’, Diari Ramadhan Rafique’, ‘Puteri Aurora Beradu’, ‘Kuih Goyang Seha’, ‘Jangan Tegur’ dan ‘Sifu & Tongga’. Rozita Che Wan pernah digosipkan dengan pelakon Zizan Nin dan pemain bola Selangor dan kebangsaan, Asrarudin Putra Omar.

“Memang saya ada mendoakan tentang calon suami tetapi sehingga sekarang saya belum menjumpai sesiapa. Tentang gosip kata saya pergi rumah Asrarudin semasa Hari Raya lepas pun tak betul sebab kami hanya kawan biasa. Dengan ahli perniagaan pun tiada apa-apa...”
Related Posts with Thumbnails