Wednesday, July 31, 2013

Pelakon Drama Tertikam Diri Sendiri

Shukri Yahaya


Pelakon Drama Tertikam Diri Sendiri


PELAKON utama drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.

Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.

Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.

“Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu di bahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.

“Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya di tangan saya,” katanya.

Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.

Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini (tadi).

Menurutnya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.

Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.

Wan Sharmila Akui Dah Berpunya

Wan Sharmila


Wan Sharmila Akui Dah Berpunya


Pelakon Wan Sharmila yang telah menjanda selama empat tahun mengakui dirinya kini sudah berpunya.

Namun, pelakon genit ini tidak bersedia lagi untuk mendedahkan siapakah gerangan jejaka yang telah berjaya mencuri hatinya itu.

“Ya, memang saya kini sedang dilamun cinta dan sudah berpunya. Saya bahagia dengan kehidupan sekarang dan berharap hubungan ini berjalan lancar.

“Siapa dia, tidak perlu saya perkatakan untuk ketika ini kerana saya tidak mahu terlalu terbuka dalam soal cinta dan perhubungan. Cukuplah saya katakan dia kini berada di London dan bukanlah di kalangan orang seni,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Anak kelahiran Johor Bahru ini pernah mendirikan rumah tangga bersama penerbit syarikat produksi, Radius One, Fazli Baharom namun hubungan itu berakhir dengan penceraiaan pada Oktober 2009, selepas tiga tahun hidup bersama.

Tuesday, July 30, 2013

Rapat Tak Bermakna Bercinta - Fazura

Fazura



Rapat Tak Bermakna Bercinta - Fazura


Bukan mudah berkongsi kasih. Tersilap gaya, ada hati yang terluka. Dek kerana itu, Fazura selesa memilih jejaka bujang sebagai khalifahnya. Bukan mendahului takdir, tapi katanya, sebagai insan yang tidak mampu berbagi kasih, wajar dielak supaya tidak menderita kemudian hari.

Membicarakan perihal itu, Fazura rasional menegaskan, dia cuba mengelak, namun andai tertulis takdirnya hidup bermadu, tiada apa yang mampu dikatakan selain reda kerana sesung­guhnya jodoh itu rahsia Yang Maha Berkuasa.

“Bermadu? Saya tidak rela. Biarlah bakal suami saya bujang tetapi jika keadaan memaksa, itu di luar kemampuan saya. Setiap yang berlaku pasti ada sebab­nya dan Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya,” kata Faz.

Berdasarkan jawapan itu, adakah bermakna ada insan istimewa di hatinya dan adakah ia aktor Shaheizy Sam seperti yang kerap diperkatakan kebelaka­ngan ini?

Tatkala soalan itu diajukan, bintang jelita yang juga ikon fe­syen ini ketawa seraya menegaskan, hubungannya dengan Sam sekadar sahabat karib, tidak lebih daripada itu.

Lynnzay & Raja Ema Akhirnya Akan Berduet?

Screen Shot 2013-07-26 at 2.03.02 AM


Lynnzay & Raja Ema Akhirnya Akan Berduet?


Baru-baru ini bertempat di PWTC untuk rakaman ‘Melodi Raya’,penyanyi 80-an yang sudah kembali mewarnai industri muzik setelah 20 tahun menyepi akhirnya bertemu dengan penyanyi baru,Lynnzay yang pernah menyanyikan semula lagu popular Raja Ema yang bertajuk ‘Jejaka Idaman’.

Lagu ‘Jejaka Idaman 2.0′,versi baru hasil nyanyian semula Lynnzay telah mencetuskan kontroversi dan kemarahan peminat asal Raja Ema. Ada juga khabar angin mengatakan Raja Ema sendiri tidak gemar dan marah dengan pembikinan semula lagu itu.

Setelah setahun Lynnzay berdepan dengan kontroversi ini,mereka akhirnya telah bertemu secara tidak sengaja dan Raja Ema sendiri memberi pengakuan kepada Lynnzay bahawa dia sebenarnya tidak tahu tentang kewujudan versi baru itu pada awalnya dan apabila di maklumkan,reaksinya adalah sebaliknya.Raja Ema sebenarnya amat menggemari versi baru Lynnzay dan memuji bakat penyanyi baru ini.

Berikutan daripada pertemuan ini,kelihatan Lynnzay dan Raja Ema sudah bermesra di laman Facebook dan kemungkinan besar akan melakukan kolaborasi untuk lagu baru tidak lama lagi.Ini adalah khabar yang baik kerana kedua penyanyi lama dan baru yang berbakat ini bakal memberikan kehangatan dalam muzik industri Malaysia.

Memandangkan Lynnzay berkebolehan mencipta lagu, sumber menyatakan bahawa beliau sendiri akan memerah otak bersama ahli produksinya untuk menghasilkan lagu yang bersesuaian dengan peredaran zaman dan Raja Ema juga memandangkan beliau sendiri menyukai lagu berentak ‘dance’.

Mari kita nantikan bilakah kolaborasi hangat ini akan berlaku dan dijadikan kenyataan.Tahniah buat Lynnzay dan SELAMAT KEMBALI,Raja Ema!

Jangan lupa dengarkan lagu terbaru Raja Ema ‘Warna Hatiku’ dan lagu Lynnzay ‘Mr Parasite’.

Norish Dah 5 Tahun Tak Beraya Dengan Anak-anak

Norish Karman


Norish Dah 5 Tahun Tak Beraya Dengan Anak-anak


Kepada sebuah akhbar, Norish Karman membuat pengakuan bahawa dia tidak pernah menyambut Hari Raya bersama anak-anak sejak berpisah dengan bekas suami pada 15 Julai 2008.

Sebaliknya, dia dengan rela hati membiarkan anak-anak menyambut lebaran bersama bapa mereka, Datuk Hashimuddin Abdul Kadir.

Menurut Norish, dia tidak pula berasa terkilan membuat keputusan itu kerana berasakan ia adil untuk bekas suaminya memandangkan selama ini anak-anak sentiasa berada di sisinya.

Bagaimanapun, tahun ini dia tidak keseorangan kerana anak bongsunya, Haq Lutfie Alexander yang kini berusia lebih setahun ada bersama.

Tentang sambutan raya kelak, Norish belum membuat keputusan sama ada bakal menyambutnya di Kuala Lumpur atau Singapura kerana segala-galanya bergantung pada kesihatan ibunya. Jika ibunya sihat mereka akan menyambutnya di Kuala Lumpur dan jika tidak, sebaliknya.

Monday, July 29, 2013

Liza Hanim Bimbang Dilupakan Peminat

Liza Hanim


Liza Hanim Bimbang Dilupakan Peminat


Penyanyi Liza Hanim mengakui bimbang namanya semakin dilupakan peminat kerana dirinya kini dilihat kurang aktif dalam bidang seni sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun melihat kepada status dirinya kini yang sudah mempunyai tiga orang anak, Liza nekad mahu mendahulukan keluarganya dalam segala hal.

“Perkara ini memang terlintas di fikiran, tetapi saya harus berkorban dan mengutamakan mana yang lebih penting. Jadi, memang sukar untuk saya jangka bila lagi hasrat menghasilkan single dapat direalisasikan,” katanya memetik laporan Berita Harian.

Hasil perkahwinannya dengan bekas ahli kumpulan Indigo, Shah, mereka dikurniakan tiga anak Marsya Qistina, 10, Marissa Qaireen, 4, dan Mohamed Salahuddin, tujuh bulan.

GAMBAR: Nora, Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Di Thailand

Nora Danish


GAMBAR: Nora, Nadeem Datuk Seri Nazri Bercuti Di Thailand


Nora Danish seolah-olah mengiakan telahan peminat sejak akhir-akhir ini bahawa dia sememangnya mempunyai hubungan istimewa dengan anak Dato Seri Nazri Aziz, Nadeem.

Meskipun menyatakan sebelum ini Nadeem cuma kawan yang sudah lama dikenali, keadaan sekarang berbeza memandangkan mereka kini kerap dilihat berdua.

Malah Nora juga kelihatan tidak segan-segan lagi memuatnaik gambarnya bersama Nadeem di Instagram.

Mungkinkah, ini petanda dia semakin terbuka untuk mengakui hubungannya dengan Nadeem sekarang bukan lagi sekadar kawan?

nora1

 

nora2

 

nora3

Lihatlah gambar yang dirakamkan ketika mereka ke utara tanahair untuk mengunjungi keluarga seorang kru penggambaran yang meninggal dunia ini.

Seterusnya, perjalanan mereka dipanjangkan ke Thailand dan dapat dilihat Nora dan Nadeem sentiasa kelihatan berdekatan satu sama lain.

Sunday, July 28, 2013

Dewi Persik Bercinta Dengan Lelaki Brunei

Dewi Persik


Dewi Persik Bercinta Dengan Lelaki Brunei


Penyanyi Dangdut Dewi Persik atau biasa disapa dengan panggilan Depe baru saja putus dengan kekasihnya yang berasal dari Malaysia. Pemilik goyang gergaji itu kini mengaku sedang mengenali seorang lelaki Brunei Darussalam.

Menurut Depe, keluarganya merestui hubungan mereka berdua.

“Seagama itu paling utama. Cinta tak semestinya hanya membahagiakan seseorang tapi yang penting kepercayaan. Kalau yang Brunei ini orang tua saya sangat senang,” ungkapnya seperti yang dilaporkan detikhot.com

Bagaimanapun Depe masih merahsiakan nama jejaka tersebut. Katanya, apa yang lebih penting kini adalah membahagiakan kedua ibu bapanya.

“Kalau dulu kenapa jejaka Malaysia itu tidak heboh-hebohkan kerana menjaga perasaan orang tua. Syarat mutlak dari mereka itu ialah harus seagama,” tuturnya.

Sebelumnya, Depe mengaku menjalin hubungan cinta dengan jejaka Malaysia bernama Dion dan hubungan mereka hanya mampu bertahan selama lapan bulan.

Giliran Saida AF Berhijab Penuh

SAIDA


Giliran Saida AF Berhijab Penuh


Selepas adiknya, Datuk Siti Nurhaliza mengambil keputusan berhijab penuh Januari lalu, kini tiba giliran kakaknya pula, Siti Saida Tarudin mengikut langkah yang sama.

Mengambil berkat 16 Ramadan, Saida tampil bertudung litup apabila penghijrahannya itu didedahkan oleh kakak ipar, Rozi Razak di laman Instagramnya.

Dalam gambar yang dimuat naik itu, Rozi menulis, “masuk ofis hari ini, terpercik cahaya dari bilik sebelah…ingatkan ada lentera timur…rupanya lentera Kuala Lipis. Cahayanya terpacul membelah dinding..hehe..Penghijrahan 16 Ramadan yang manis”.

Semoga Saida terus istiqamah dengan imej terbarunya itu selain kerjaya dalam bidang seni semakin murah selepas berhijrah ke jalan yang lebih baik.

‘Single’ Selagi Belum Bertunang

Johan


‘Single’ Selagi Belum Bertunang


Sebelum ini ada laporan menyebut, pelakon Johan As’ari sedang mengenali hati budi seorang gadis. Masih terus merahsiakan identiti gadis yang berjaya menambat hatinya namun begitu Johan memberitahu dia sebetulnya belum membuat kata putus perihal hubungan mereka.

Walaubagaimanapun, kata Johan jika jodohnya ditakdirkan dengan gadis tersebut, dia merancang mahu mengikat tali pertunangan selama dua bulan sebelum mendirikan rumah tangga.

“Saya masih ‘single’ tapi jodoh itu rahsia Allah. Saya bukan kaki perempuan. Saya ingin fokus kepada kerjaya. Jika wanita itu adalah pilihan yang tepat, maka saya akan buktikan rasa cinta saya melalui adat resam. Saya rancang nak bertunang selama dua bulan. Dalam tempoh itu sebenaranya adalah proses untuk kami lebih berkenalan dengan pihak ahli keluarga masing-masing,”

“Kalau boleh saya ingin mengikat tali pertunangan sebelum berangkat ke Dubai pada Disember ni, tapi buat masa ni kami masih mengenali hati budi masing-masing. Kalau kami ada jodoh, InsyaAllah,” katanya yang bakal ke Dubai pada bulan Disember ini untuk penggambaran sebuah drama terbitan RTM.

Belajar dari pengalaman cinta lalu, ujar Johan lagi, dia kini memilih untuk lebih berhati-hati membicarakan soal cinta. Dalam masa sama dia meletakkan sasaran untuk bertunang di usia 26 tahun sebagai peringatan untuk dirinya agar dia lebih kuat bekerja dan fokus pada persediaan dan pada apa yang ingin dikecapi sebelum berumah tangga kelak.

Bapa Farah AF: ‘Dia Bukan Pencuri!’

Farah AF


Bapa Farah AF: ‘Dia Bukan Pencuri!’


“ANAK saya bukan pencuri!” Itulah antara luahan yang dikeluarkan bapa kepada penyanyi dan pengacara, Farah Diana Anuar, berhubung tuduhan mencuri yang dilemparkan kepada anaknya.

Kesal dengan tindakan segelintir pihak yang cuba memburukkan anak perempuannya itu, Anuar Ali berharap agar tuduhan itu segera dihentikan.

“Sepanjang saya membesarkan Farah, dia bukanlah orang yang sebegitu (pencuri) kerana keperibadiannya cukup baik dan bersih daripada sebarang masalah.

“Saya tak sangka perkara sebegini boleh timbul dan ada pihak yang cuba mengaitkannya. Sebagai bapa, saya sangat terkilan dan kesal.

“Saya berharap agar tuduhan liar ini segera dihentikan demi menjaga nama baik kami sekeluarga. Ianya sangat memalukan!,” katanya ketika dihubungi.

Jelas Anuar, dia berharap agar perkara ini diselesaikan dengan baik dan dapat membersihkan nama Farah yang terjejas teruk.

“Pun begitu, saya tidak akan campuri urusan itu dan serahkan kepada Farah sepenuhnya untuk selesaikan kes ini.

“Saya sendiri tidak senang duduk bila anak saya dikaitkan dengan perkara yang memalukan sebegini.

“Saya pun tak boleh nak cakap banyak-banyak kerana perkara ini membabitkan Farah. Lagipun, Farah sendiri berada di Pulau Pinang sekarang,” katanya yang mengakui anaknya itu banyak berjasa kepada keluarga.

Sekitar minggu lalu, nama bekas pelajar Akademi Fantasia Musim Kedua (AF2) atau lebih dikenali sebagai Farah Breep Breep menjadi perbualan hangat apabila dia dituduh mencuri duit dan baju semasa penggambaran sebuah program.

Memandangkan Farah didakwa sering melakukan perbuatan itu, maka ada pihak sengaja menguji kejujurannya dengan meletakkan sejumlah wang ke dalam baju yang dipinjam.

Pun begitu, Farah yang juga isteri kepada usahawan, Johan Johari, tampil menafikan dakwaan itu dan mengatakan ianya hanyalah salah faham. – Sinar Harian

Saturday, July 27, 2013

Ibu Saran Fizz Fairuz Balik Semula Pada Almy Nadia

Fizz- Almy


Ibu Saran Fizz Fairuz Balik Semula Pada Almy Nadia


Fizz Fairuz akui kini kembali berkawan dengan Almy Nadia. Kredit foto Faisol Mustafa.Fizz Fairuz akui kini kembali berkawan dengan Almy Nadia.

Pelakon Fizz Fairuz sebelum ni pernah memberitahu ibunya meletakkan syarat yang dia hanya dibenarkan berkahwin dua tahun lagi dan bertunang dua jam sebelum diijabkabulkan.

Bertemu Fizz di rakaman Melodi Raya di PWTC, malam kelmarin, aktor itu memberitahu sejak kebelakangan ini ibunya pula menyarankan agar dia cepat-cepat berkahwin. Malah kata Fizz ibunya juga pernah mahu memperkenalkan dia dengan beberapa wanita untuk dijadikan calon isteri. Selain, menyebut-nyebut supaya dia kembali semula kepada kekasihnya Almy Nadia.

“Mak saya, sejak dia tak berapa sihat ni dia asyik selalu tanya, bila nak kahwin? Sebagai anak, saya iyakan saja dan saya kata pada dia, InsyaAllah kalau ada jodoh. Lepas tu dia mula lah buka topik nak kenalkan saya dengan beberapa gadis. Ada yang bekerja sebagai doktor.

“Dia juga ada sebut-sebut nama Almy. Dia ada suruh saya balik (bercinta) semula pada Almy”, kata Fizz Fairuz.

Pun begitu, insiden putus tunang dengan Azlyn sehingga mencetuskan kontroversi hangat beberapa bulan lalu benar-benar memberi pengajaran buat pelakon Nur Kasih ini. Tidak mahu pisang berbuah empat kali (bak kata Fizz sendiri), menjadikan dia kini lebih berhati-hati dalam membuat keputusan untuk memilih teman hidup.

Pada masa sama Fizz mendedahkan sejak bergelar solo, dia sering di dekati ramai wanita. Ada di antaranya dari golongan berada juga golongan kerabat diraja.

“Ada juga yang mendekati saya. Datang pada saya dengan kereta BMW. Ada juga golongan kerabat yang nak serius dengan saya.

“Tapi saya belajar dari kesilapan. Saya tak mahu pisang berbuah empat kali. Kalau dua kali tu, boleh tahan lagi. Jadi saya tak terlalu rapat dengan mereka dan hanya anggap mereka sebagai kawan biasa” katanya yang turut mengakui dirinya seorang yang mudah cepat mesra dengan sesiapa saja.

Sementara ditanya hubungannya bersama Almy Nadia juga cadangan ibunya, ini jawab Fizz,

“Sekarang ni saya memang ada berhubung dengan dia (Almy). Bezanya dulu, kami sangat rapat. Sekarang ni kami dah jarang – hanya kawan biasa. Saya pun tak mengharap sangat. Tapi jodoh semua tu di tangan Allah, kita tak tahu lagi.

“Kami profesional dan boleh bekerjasama. Saya baru habis shooting dengan dia drama Seiring Sejalan Raya untuk RTM sebanyak 13 episod”, ujarnya.

Bercerita mengenai persiapan raya, seperti kebiasaan tahun-tahun sudah, Fizz akan mengadakan rumah terbuka pada hari raya kedua. Lebih menyeronokkan raya tahun ni Fizz sekeluarga beraya di rumah baru.

“Saya baru renovate rumah mak saya di Raub, Pahang. InsyaAllah memang tipa-tiap tahun saya buat rumah terbuka. Saya akan mula bercuti raya pada 5 Ogos ni dan kembali semula ke KL pada 15 Ogos”, katanya yang bakal muncul menerusi telemovie raya berjudul Sampai Air Mata Darah.

Almy Nadia: Tak Mungkin Kembali Pada Fizz Fairuz

Almy Nadia


Almy Nadia: Tak Mungkin Kembali Pada Fizz Fairuz


Pelakon Almy Nadia mengatakan bahawa dia tidak akan kembali kepada bekas kekasihnya, Fizz Fairuz selepas apa yang berlaku dalam sejarah percintaan mereka sebelum ini.

Sebaliknya dia hanya menyerahkan soal jodohnya kepada Allah SWT.

“Hal jodoh ni bagi Almy biarlah serahkan pada Allah, Dia tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Bagi Almy tak terlintas lagi dalam fikiran ini untuk kembali semula kepada Fizz dan tak nak mengharap, takut nanti bila mengharap nampak sangat saya yang nak balik dengan dia,” katanya memetik laporan portal Buah Mulut.

Walaupun sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan Fizz, hubungan Almy dengan ibu aktor tersebut masih lagi akrab dan mereka sering bertanya khabar di antara satu sama lain.

Selain itu, Almy turut menyatakan dia bakal keluar dengan sebuah telefilem di RTM bergandingan bersama Fizz menerusi naskhah lakonan terbarunya itu.

Haliza Misbun Seronok Membujang

Haliza Misbun


Haliza Misbun Seronok Membujang


Lama juga kita tidak mendengar khabar dramatis popular sekitar 90-an yang seorang ini. Siapa yang boleh lupa pada Haliza Misbun, seorang pelakon wanita penuh attidude. Bertemu beliau baru-baru ini, kami sempat bertanyakan khabar dan perkembangan terkini dirinya.

Jelas Haliza, meskipun telah mencecah usia 40 tahun tetapi jiwa dan semangatnya tidak pernah tua. Malah pelakon yang pernah membintangi filem Andartu Terlampau ini sentiasa teruja, bersemangat dan lebih matang. Tiada rahsia awet muda, sebaliknya beliau mengamalkan senaman jogging setiap hari sejak 10 tahun dulu.

“Saya seronok dan sentiasa menikmati kehidupan solo saya. Saya sentiasa ada aktiviti yang saya nak buat. Saya dikelilingi oleh kawan-kawan, keluarga dan anak-anak buah. Say tak pernah rasa sunyi.

“Tak ada rahsia apa pun. Dari dulu lagi saya memang amalkan berjongging”, katanya yang kini nampak lebih langsing.

Meskipun belum berumah tangga namun Haliza dia tidak pernah berasa sunyi. Sebaliknya wanita ini sangat menikmati kehidupan solonya. Namun, katanya, beliau tidak menolak jika ada lelaki yang sudi dan sanggup untuk berkahwin dengannya.

Mengakui sebelum ini beliau memang cerewet dalam memilih pasangan kerana Haliza lebih tertarik dengan orang luar. Tetapi tapi sekarang kakak kepada pelakon Amanda Misbun ini tidak kisah lelaki berbangsa apa pun yang mendekatinya asalkan lelaki itu bukan suami orang.

“Kalau ada lelaki yang betul-betul ikhlas dan yang boleh saya get along, saya akan menerimanya. Saya dah bersedia untuk berkahwin. Tapi saya tak akan menerima lelaki itu kalau dia bersatus suami orang”, katanya yang sebelum ini pernah digosipkan bercinta dengan aktor dari Indonesia, Ari Wibowo.

Pekembangan lain, Haliza akan melancarkan novel pertama nukilannya bertajuk Cinta Rimau, selepas hari raya Aidilfitri nanti. Selain itu beliau akan menerbitkan sebuah program khas untuk wanita, Citra Wanita di saluran RTM.

“Dah lama tak berlakon. Jadi cara saya curahkan segala kreativiti saya adalah dengan menulis novel. Novel ni bukan tentang diri saya tapi ia sebuah novel fiksyen dan mistik”, terangnya.

Sikap Ramah Fizz Fairuz Buat Wanita ‘Cair’

Fizz Fairuz


Sikap Ramah Fizz Fairuz Buat Wanita ‘Cair’


KUALA LUMPUR – Pelakon Fizz Fairuz mengakui sikapnya yang ramah membuatkan ramai wanita tersalah anggap kononnya dia menaruh hati terhadap mereka.

Fizz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, berkata, hal itu mengundang rasa serba salah pada dirinya kerana dilihat seperti memberi harapan kepada individu berkenaan.

“Saya jenis yang cepat mesra dengan sesiapa sahaja, termasuklah wanita-wanita yang saya kenali.

“Tetapi lain pula jadinya apabila ada yang salah faham, yang mungkin menampakkan saya seperti memberi harapan untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius, sedangkan tidak. Kadang-kadang, saya pula berasa serba salah,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Fizz, sejak kontroversi dia memutuskan ikatan pertunangannya dengan seorang wanita berstatus isteri orang, ada beberapa wanita lain yang mencuba nasib menawarkan diri untuk menjadi kekasihnya.

Malah, ada juga golongan berstatus VIP cuba mendekatinya, namun Fizz hanya bersikap biasa dan enggan terburu-buru dalam melakukan sebarang keputusan kerana tidak mahu ‘pisang berbuah dua kali’.

Terdahulu, Fizz pernah mencetuskan kontroversi apabila dia telah bertunang dengan isteri orang dalam sebuah majlis rahsia pada 10 Februari tahun lalu.

Rahsia wanita yang berasal dari Kuantan, Pahang tersebut terbongkar apabila Fizz sendiri dimaklumkan oleh kawan kepada adik wanita tersebut mengenai status “tunangnya” itu dan seminggu selepas itu, Fizz memutuskan ikatan tersebut.

Sementara itu, ditanya pula status perhubungannya dengan bekas kekasih, aktres Almy Nadia, Fizz berkata, perhubungan mereka hanya sekadar teman biasa.

Bagaimanapun, ibunya, sesekali ada bertanya mengenai Almy dan mahu Fizz kembali menjalinkan hubungan semula.

“Insya-Allah kalau ada rezeki, saya akan kahwin tahun ini atau mungkin tahun depan. Mak saya sekarang pun tengah sakit. Setiap hari dia tanya bila saya nak kahwin sedangkan saya pun tak ada jawapan bagi soalan itu.

“Ada juga dia tanya tentang Almy dan mahu kami berbaik. Kadang-kadang mak cuba jodohkan saya dengan anak kawan-kawannya tetapi saya pula tak berkenan. Apa-apa pun saya serah jodoh pada Allah,” ujarnya. – mStar Online

Gambar Comel Selebriti Wanita Ketika Kecil

DIANA


Gambar Comel Selebriti Wanita Ketika Kecil


Di sini penulis kongsikan gambar beberapa selebriti wanita ketika mereka masih kecil dahulu.

Antaranya Tiz Zaqyah, Lisa Surihani, Fasha Sandha dan Yana Samsudin.

Walaupun masih berada dalam zaman hingusan tetapi semuanya comel-comel belaka ketika itu kan.

2

3

Adam AF Buka Pusat Perubatan Islam

Adam AF Buka Pusat Perubatan Islam


Adam AF Buka Pusat Perubatan Islam


PENYANYI yang dulunya terkenal dengan imej muzik tarian, Adam AF kini sudah mula memperlahankan aktiviti seninya sementelah dia sekarang sudah pun membuka sebuah pusat rawatan Islam miliknya sendiri.

Pusat rawatan Islam itu diberi nama Nur Khalifah Al-Hasani dan terletak di Cova Square, Kota Damansara.

Selepas Ashraf Muslim, kini tiba giliran Adam untuk bergerak secara aktif sebagai pengamal perubatan Islam.

Semoga bidang terbaru diceburi oleh anak kelahiran Sabah ini akan terus sukses dan berkembang maju dari masa ke semasa.

Dayana Dan Sakinah Dah Mula Keluar Bersama, Kata Ashraf Muslim

Dayana Dan Sakinah Dah Mula Keluar Bersama, Kata Ashraf Muslim


Dayana Dan Sakinah Dah Mula Keluar Bersama, Kata Ashraf Muslim


“SAYA tahu dia (Dayana) terluka,” demikian reaksi pelakon, Ashraf Muslim ketika diminta mengulas tentang kontroversi yang melibatkan dirinya dengan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman.

Ashraf berkata demikian ketika mengadakan sidang media khas di ibu kota, hari ini. Ashraf mengadakan sidang media berkenaan bagi menjelaskan kedudukan sebenar berhubung perkahwinan keduanya dengan Wan Sakinah Ahmad Shaburi.

“Semoga segala penjelasan saya ini, semua dapat membantu saya. Mungkin ada salah silap, saya minta maaf. Saya harapkan apa yang saya beritahu ini tidak mengaibkan orang lain,” ujar Ashraf.

Berikut adalah sesi soal jawab Ashraf bersama pihak media:

MEDIA : Kenapa baru sekarang Ashraf mahu menjelaskan kepada media?

ASHRAF: Saya lihat, apabila saya terlalu berdiam diri, terlalu banyak spekulasi dan cerita-cerita tak baik saya dengar. Banyak perkara yang boleh menjatuhkan, memalukan, menghina saya, menghina isteri-isteri saya, menghina keluarga saya boleh berlaku. Ini menyebabkan saya agak terkilan dan saya rasa ini masanya untuk saya beritahu kepada orang di sekeliling saya.

MEDIA : Bagaimana hubungan Ashraf dengan isteri (Dayana)?

ASHRAF:OK. Alhamdulillah. Saya dan Dayana OK tak ada masalah. Dengan Sakinah juga tak ada masalah. Cuma, iyalah, apabila… saya tak nak apa yang berlaku di luar sana, orang mengata menyebabkan kerosakan dan hubungan kami menjadi tak baik. Saya juga tak nak disebabkan orang luar juga, hubungan antara keluarga dengan bapa mertua dan orang sekeliling dengan keluarga saya menjadi tak baik. Dalam keadaan sekarang ini alhamdulillah. Saya baru hantar ibu dan bapa mertua saya (ibu bapa Dayana) ke lapangan terbang untuk menunaikan umrah.

ashraf

MEDIA : Jadi, hubungan dengan keluarga mertua tak ada masalah?

ASHRAF: Tak ada masalah sebenarnya cuma ada yang marah. Memanglah kita tak boleh nak halang orang marah kan? Macam-macamlah yang diperkatakan tetapi macam mana pun mereka keluarga mertua saya. Ini mengambil masa.

MEDIA : Pagi tadi Asyraf dikatakan ke mahkamah. Betul?

ASHRAF: Saya rasa itu berita tak betul. Sebab pagi tadi, saya pergi menghantar keluarga mertua saya ke lapangan terbang.

MEDIA : Bagaimana hubungan Dayana dengan Sakinah?

ASHRAF:Sekarang mereka (Dayana dan Sakinah) sedang keluar sama-sama.

MEDIA : Adakah hubungan mereka baik?

perkahwinan-ashraf-sakinah-thailand

ASHRAF: Dalam proses. Kena berbaiklah. Ini memanglah, dalam peringkat permulaan memang cakap tak sukalah apalah tapi ini tugas saya. Saya sebagai ketua keluarga kena jagalah semua sekali. Dari sudut isteri-isteri saya, keluarga mertua, keluarga saya semua. Jadi, kalau ada orang luar yang buat kucar-kacir yang mencucuk sana sini, itu yang tak betul. Tetapi alhamdulillah sekarang ini mereka OK.

MEDIA : Sebelum ini Ashraf dakwa ada media yang memfitnah dengan mengatakan Ashraf berpoligami. Tapi ternyata benar Ashraf berpoligami. Apa komen?

ASHRAF: Yang dikatakan fitnah itu, sebab kenyataan itu (disiar media) bukan datang dari saya, Sakinah atau Dayana. Tidak ada. Tetapi saya tidak menafikan. Saya cuma mengatakan perkara itu tidak datang kami. Macam mana kenyataan itu boleh keluar. Kalau diikutkan etika kewartawanan, ia tidak boleh. Setahu saya lah tapi tak apa, perkara itu dah lepas.Saya minta maaf banyak-banyak. Kalau boleh nak rahsiakan perkara ini tetapi disebabkan orang dah tahu, nak elak-elak pun dah tak boleh juga. Jadi, sekarang nak kena betulkan balik.

Siapa Paling Banyak Beli Biskut Raya Saya, Layak Hadiri Persandingan Kami – Zain

Siapa Paling Banyak Beli Biskut Raya Saya, Layak Hadiri Persandingan Kami - Zain


Siapa Paling Banyak Beli Biskut Raya Saya, Layak Hadiri Persandingan Kami – Zain


PETALING JAYA – Peminat pelakon Zain Saidin dan Rozita Che Wan berpeluang menghadiri majlis persandingan pasangan tersebut pada Disember depan dengan syarat menjadi peserta paling banyak membeli biskut raya yang dijual aktor itu.

Zain atau nama sebenarnya Mohamad Zain Mohd Saidin, 29, berkata, dia membuka peluang itu kepada lima peminat bertuah yang mana mereka turut diberi ruang untuk menyertai majlis sambutan rumah terbuka Aidilfitri yang akan diadakannya kelak.

“Daripada lima peminat bertuah itu, saya akan memilih tiga daripada mereka berdasarkan siapakah yang membeli biskut paling banyak untuk hadir ke majlis resepsi persandingan saya dengan Cik Ta (Rozita) nanti,” katanya .


Menurut Zain, sempena Ramadan ini dia menjual kira-kira 22 jenis biskut ‘Shirin Homemade Cookies’ yang dibuat sendiri oleh seorang ahli keluarganya di Kampung Pandan, dekat sini.

Antara biskut dijualnya ialah tart nanas, mazola, London almond, biskut makmur dan juga suji yang berharga dari RM25 hingga RM28 sebalang.

“Saya sudah lama menjalankan perniagaan ini yang dibuat sendiri oleh nenek saya. Kalau dahulu setiap kali Ramadan, saya menjualnya di Jalan Masjid India tetapi kali ini saya agak sibuk, saya jual secara dalam talian pula,” katanya.

Zain memberitahu biskut Hari Raya yang dijualnya itu dijamin sedap dan rangup kerana dibikin oleh orang berpengalaman selain banyak menggunakan mentega.

Dalam masa yang sama kata Zain, ia juga satu ganjaran kepada para peminatnya apabila mereka yang membeli biskut akan memperoleh peluang tambahan dengan menyertai majlis rumah terbuka dan resepsi perkahwinannya nanti.

Peluang tersebut katanya dibuka termasuklah kepada mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur kerana ia akan turut dihantar secara pos.

Peminat yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut bolehlah menempahnya dengan menghubungi talian 012-6344434 (Noel). – mStar Online

Friday, July 26, 2013

Hattan & Arianie Sah Bergelar Suami Isteri

Hattan & Arianie Sah Bergelar Suami Isteri


Hattan & Arianie Sah Bergelar Suami Isteri


PUTRAJAYA – Penyanyi lagu Bisa Bonar iaitu Datuk Hattan sah bergelar suami kepada bekas isterinya, Arianie Abidin dengan dua kali lafaz dalam majlis pernikahan serba sederhana yang diadakan di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Rabu.

Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Sahabuddin, 49, dan Arianie dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Abdul Halim Mat Isa tepat pada pukul 6 petang.

Ia adalah perkahwinan ketiga buat Hattan dan kali kedua dengan Arianie.

Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 200 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga pengantin kedua-dua belah pihak dan wakil media.

Pengantin perempuan menerima RM300 sebagai mas kahwin dan senaskah Al-Quran sebagai hantaran.

Hattan dan Arianie pernah berkahwin pada 17 Disember 1996 sebelum bercerai talak satu secara rasmi pada 10 Mac 2005 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, Selangor.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki Adam Eiman yang sekarang berusia 15 tahun.

Penyanyi dari Seri Menanti, Negeri Sembilan itu juga pernah berkahwin untuk kali kedua dengan Noorfarashikin Othman pada 11 November 2011 tetapi berpisah dua bulan kemudian.

Hattan menyarungkan cincin ke jari manis isterinya pada upacara membatalkan air sembahyang selepas selesai akad nikah dalam persalinan sedondon dari rona kuning rekaan Ezuwan Ismail.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan seperti mana pasangan lain kami berharap perkahwinan kedua ini akan berkekalan sehingga akhir hayat”, katanya.

Antara selebriti yang kelihatan menghadiri majlis tersebut adalah Datuk A. Rahman Hassan, Ramli Sarip, Raja Azura, Ziana Zain dan Misha Omar. – mStar

Thursday, July 25, 2013

Berkebaya Ketat Ala Gothic : Raja Ema Tak Kisah!

Raja Ema


Berkebaya Ketat Ala Gothic : Raja Ema Tak Kisah!


Semalam kami berkesempatan menghadiri rakaman Melodi Raya yang diadakan di PWTC. Kemeriahan acara program hiburan nombor satu tempatan itu dihangatkan lagi dengan kehadiran ramai artis dan selebriti popular tanah air. Sudah namanya rakaman raya, jadi rata-rata artis yang datang melaramlah dengan baju raya masing-masing.

Dan dalam ramai-ramai artis, penyanyi dan pelakon Raja Ema tak kurang mencuri tumpuan pihak media dengan fesyen ala gothic-nya. Berani, tapi… macam salah tema jer kak Ema?

“Baju yang Kak Ema pakai hari ini sebenar baju kebaya. Biasanya baju kebaya orang padankan dengan kain batik dan korsetnya orang pakai di bahagian dalam. Tapi hari ni Kak Ema padankan dengan skirt dan pakai korset di luar.

“Nampaklah moden sikit dan lain dari yang lain tapi tetap ada ropol-ropol. Kak Ema pakai macam ni sebab lagipun hari ni (semalam) akak akan buat persembahan”, terangnya mengenai gaya fesyen cetusan ideanya itu, ketika ditemui di luar dewan.

Dalam pada itu, penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Jejaka Idaman ini berkata, beliau menyedari dikala usianya kini mencecah 45 tahun mungkin ada pihak yang kurang senang dengan penampilannya yang dilihat nampak berani berfesyen. Namun Raja Ema tidak mahu terlalu ambil pusing apa jua tanggapan orang terhadap dirinya.

Ternyata kemunculan semulanya dalam industri memberikan semangat baru. Justeru Raja Ema merasakan dia perlu tampil dengan imej yang tersendiri. Malahan sebagai artis, amat perlu untuk beliau menjaga penampilan dan usia bukan penghalang untuk dirinya berfesyen.

“Buat apa kita nak tua kan diri kita. Kak Ema berfesyen bukan sebab nak nampak muda, tapi tak salah kalau kita nak jaga penampilan. Sebagai artis kita kena ada imej tersendiri. Lagipun bukan Kak Ema pakai yang dedah, dedah atau berpeluk-peluk”, ujarnya.

Sementara itu, mengenai pendedahannya baru-baru ini bahwa beliau menjalani rawatan menegangkan kulit muka iaitu rawatan ‘thread lift’, Raja Ema memberitahu ada juga pihak yang mengkritik tindakannya itu.

“Ada juga yang kritik. Mereka cakap Kak Ema buat muka. Tapi Kak Ema tak suntik, cuma rawatan tarik muka untuk nampak tegang. Lain orang lain caranya. Sama lah macam kita pakai krim muka sebab nak nampak muka kita tegang. Tak salah kalau kita nak nampak cantik”, katanya

Azwan Akui Cemburu, Nafi Tumpang Populariti Nad

Azwan


Azwan Akui Cemburu, Nafi Tumpang Populariti Nad


Melihat Nad Zainal semakin rancak membina nama dalam dunia lakonan, pelakon baru Mohd Al Azwan Kombos atau Azwan mengakui sedikit sebanyak timbul rasa cemburu dek peningkatan buah hatinya itu.

Lantas timbul dakwaan mengatakan Azwan secara tidak langsung menumpang populariti Nad memandangkan heroin drama Kampung Girl itu sekarang semakin dikenali ramai. Sementelah berita kisah cinta mereka secara tidak langsung membuatkan nama Azwan turut menjadi bualan ramai.

“Saya akui rasa cemburu tu ada tapi dari segi tengok prestasi dia. Saya pun rasa tercabar dan saya kena berikan yang terbaik dalam setiap lakonan saya. Tapi saya akui saya masih baru dan banyak lagi yang saya perlu belajar. Kalau pasangan Nad dalam lakonan tu saya tak rasa cemburu pun, sebab saya sendiri pun pelakon. Jadi saya faham itu adalah kerja.

Nad Zainal

“Tapi soal tumpang populariti dia, itu tak benar. Saya nak berdiri atas bakat saya sendiri. Kalau ada pun yang kata saya tumpang populariti Nad, itu mungkin hanya tempias saja”, katanya ketika ditemui pada Majlis Berbuka Puasa MIG, baru-baru ini.

Dalam pada itu ditebak dengan persoalan perkembangan hubungan mereka kini, Azwan berkata buat masa ini hubungan mereka seperti biasa.

“Kami ada berbual soal masa depan tapi hanya bual-bual kosong. Tak ada tarikh yang spesifik dan kami tak fikirkan lagi untuk bawa hubungan ni ke satu ikatan yang lebih serius. Masing-masing sibuk dengan kerja. InsyaAllah, rancangan kalau boleh nak bertunang dulu sebelum kahwin. Di harap semua dapat doakan yang terbaik unuk kami”, ujarnya.

Pada hari raya Aildilfitri nanti drama komedi, Adnan Sempit Balik Raya akan ditayangkan di TV3 yang mana menampilkan lakonan Azwan bersama Nad. Ini merupakan kali pertama pasangan itu bergandingan.

“Kekok sebenarnya bila berlakon dengan dia (Nad). Lebih-lebih dalam cerita tu saya kena bawa karakter yang saya i betul-betul gilerkan dia. Bagi saya lebih susah nak dapat chemistry bila kita berpsangan dengan orang yang betul-betul kita dah kenal berbanding dengan orang yang kita tak kenal”, katanya.

Memulakan kerjaya lakonan sejak tiga tahun lalu, pemuda berusia 28 tahun ini memilih bernaung di bawah pengurusan Metrowelath (MIG) sejak Mac lalu. Filem Lu Pikir Lah Sendiri The Movie dan Belukar antara merupakan lakonan terawal yang memperkenalkannya dalam idustri. Terkini Azwan muncul dalam drama bersiri Dewi Lasak kini ditayangkan di TV3.

Selain itu selepas Aidilfitri ini dia bakal memulakan penggambaran filem Perempuan Mukasurat Tujuh arahan Pierre Andre serta menjalani penggambaran filem Nasi Kangkang.

“Alhamdulillah sejak saya dengan MIG, saya sentiasa ada tawaran berlakon. Saya tak memilih watak tapi saya sebolehnya mahu pelbagai. Cuma watak komedi bagi saya susah berbanding dengan watak lain. Saya teringin nak bawa watak psiko”, katanya.

Farah Nafi Curi Duit, Tak Pulang Baju

Farah


Farah Nafi Curi Duit, Tak Pulang Baju


Bermula dari soksek-soksek di laman gosip Cari, tersebar kisah tentang pengacara bertudung yang dikatakan mempunyai habit suka mencuri. Kononnya, perkara ini sudah lama menjadi bualan dalam kalangan kakitangan Media Prima.

Maka khabarnya, satu insiden untuk memerangkap pengacara ini pun dibuat. Sejumlah wang dengan nombor siri yang sudah dicatat dimasukkan ke dalam poket baju dan kemudian masing-masing tunggu dan lihat jika wang itu lesap.

Dipendekkan cerita, perkara yang diharapkan pemilik rancangan pun berjaya. Selepas itu, tersebarlah nama bekas peserta AF yang juga pengacara Rasa Halal Antarabangsa, Farahdiana Anuar sebagai pengacara bertudung tetapi panjang tangan yang dimaksudkan. Sudah tentu, perkara ini mencemarkan nama baik Farah apatah lagi di bulan Ramadan seperti ini.

Justeru bagi membersihkan namanya, Farah mengeluarkan kenyataan kepada sebuah akhbar. Katanya:

“Tuduhan itu tidak berasas sama sekali. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju.

Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya.

Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa.”

Tambah malang kata Farah, dia hampir pengsan apabila dituduh mencuri ketikaitu tetapi tidak dapat menghubungi bapa dan suaminya kerana telefon bimbit kehabisan bateri.

Mengulas dakwaan dia turut bermasalah memulangkan baju sponsor, ibu kepada seorang cahaya mata perempuan ini turut menafikan perkara itu.

Katanya, jika dia berperangai sedemikian sudah tentu kariernya mengalami masalah sejak dulu lagi.

Sorok Identiti Bakal Suami, Farawahida Terus Nikah

Fara


Sorok Identiti Bakal Suami, Farawahida Terus Nikah


Tidak seperti kebanyakan pasangan, yang memilih melalui acara merisik juga ikatan pertunangan sebelum mereka benar-benar akan diijabkabulkan. Bagi penyanyi Farawahida, 28, dia memilih untuk terus saja bernikah pada Disember ini.

“Saya dengan dia pun dah lama bercinta, 8 tahun. Jadi kami ambil keputusan untuk terus saja bernikah. Tak payah nak merisik dan bertunang. InsyaAllah majlis akan diadakan di Taiping, Perak. Majlis nikah pada sebelah siang dan malam pula bersanding” kata ketika ditemui pada rakaman Melodi Raya bertempat di PWTC, malam tadi.

Sebelum ini Farawahida menerusi laman Facebook miliknya, berkongsi bersama peminat mengenai percintaannya bersama seorang jejaka yang ingin dikenali sebagai A.

Bagaimanapun tatkala diajak berkongsi mengenai pemuda yang bakal dikahwininya itu, pelantun lagu Hilangkan Segalanya ini enggan mendedahkan nama sebenar lelaki tersebut. Kata Farawahida, belum masanya untuk dia bercerita lebih lanjut tentang bakal suaminya itu.

“Dia berusia 29 tahun. Seorang yang simple. Bukan orang dalam industri. Sekarang dia bekerja dengan pakar jantung dan baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan hartanah. Bukan suami orang tapi masih bujang”, guraunya.

Mengimpikan sebuah majlis yang berkonsep ala kampung, beritahu Farawahida, setakat ini persiapan untuk majlisnya sedang diatur.

“Persiapan tu dah ada. Saya pun akan pergi kursus kahwin. InsyaAllah masa raya nanti kedua-dua keluarga akan mengadakan perbincangan yang lebih serius.

“Sebenarnya saya tunggu kakak saya yang kedua balik ke sini. Dia sekarang menetap di Jepun, ikut suami dia bekerja di sana. Jadi kebiasaannya dia boleh balik hujung tahun. Sebab tu saya pilih untuk melangsungkan perkahwinan semasa kepulangan kakak saya nanti”, katanya.

Dalam pada itu Farawahida turut berkata berita perkahwinannya ini sekaligus memadamkan spekulasi mengenai gosip percintaanya dengan komposer Julfekar, yang sikit masa dulu hangat diperkatakan.

“Terbukti selama ni gosip itu tidak benar. Hubungan kami hanya sekadar bekerja. Sejujurnya ketika heboh tentang gosip itu, saya rasa down. Alhamdulillah teman lelaki saya sangat memahami keadaan saya. Gosip itu langsung tidak memberi kesan terhadap hubungan cinta kami”, katanya.

Mengenai perkembangan karier, selepas mereleasekan single Jangan Tanya Aku Lagi, Farawahida kini sedang mencari material untuk single terbarunya.

Nelydia Tak Pasti Uqasha Dan Pekin Bertunang

Nelydia


Nelydia Tak Pasti Uqasha Dan Pekin Bertunang


Walaupun tinggal sebumbung, pelakon Nelydia Senrose menyatakan dia tidak pasti sama ada kakaknya, Uqasha Senrose sudah bertunang dengan kekasihnya, Pekin Ibrahim.

Ini disebabkan ketika keluarga Pekin datang merisik kakaknya, dia tiada di rumah kerana terikat dengan komitmen kerja.

“Tentang bertunang tu saya tak pasti sebenarnya. Apa yang saya tahu mereka (keluarga Pekin) ada datang merisik kakak saya. Tapi masa tu saya tiada di rumah sebab menjalani penggambaran. Saya pun tengok kakak saya gembira dan saya pun tumpang gembira untuk dia,” katanya menerusi Malaysian Digest.

Sementara itu, Nelydia turut mengakui teman lelakinya, Qi Razali ada menghadiahkannya sebentuk cincin sempena hari lahirnya pada 30 Julai nanti.

Qi yang kini berada di Argentina untuk rakaman program Art Attack memberikan hadiah itu sebelum berangkat ke sana pada minggu lalu.

“Cincin yang Qi bagi tu sebenarnya hadiah hari jadi saya. Tak ada maksud lain pun. Cincin tu hanya hadiah hari jadi saya dan dia bagi sebelum dia ke sana,” jelasnya yang sentiasa berhubung dengan Qi menerusi Whats Apps untuk bertanya khabar dan melepaskan rindu sepanjang dua bulan kekasihnya itu di sana.

Norish Karman Nak Buka Restoran 1 Malaysia

Norish Karman Nak Buka Restoran 1 Malaysia


Norish Karman Nak Buka Restoran 1 Malaysia


PELAKON Norish Karman yang terlibat sebagai salah seorang peserta dalam program Masterchef Selebriti Malaysia (MSM2) musim kedua adalah tidak main-main kerana sememangnya dia seorang yang berminat dengan bidang masakan.

Malah Norish menyimpan impian untuk membuka restoran yang berkonsepkan hidangan 1 Malaysia sekiranya hajatnya itu tercapai suatu hari nanti.

“Saya boleh memasak pelbagai jenis masakan. Kalau nanti saya ada restoran, saya nak buat konsep restoran 1Malaysia kerana saya boleh masak masakan Melayu, Cina dan India. Saya lebih pada masakan kampung. Saya juga boleh sediakan masakan barat, Jepun dan Thailand,” katanya yang dipetik menerusi portal Malaysian Digest.

Selain Norish, juara MSM2, Syura turut menyimpan hasrat untuk mengusahakan sebuah restoran selain Enot sudah memiliki perniagaan bakerinya sendiri.

Adira Suhaimi: Saya Bukan ‘Playgirl’

Adira


Adira Suhaimi: Saya Bukan ‘Playgirl’


Nama penyanyi kelahiran Kundasang, Sabah, Siti Adira Suhaimi, 22, memang tak habis-habis dikaitkan dengan banyak lelaki dan beberapa episod percintaan yang terdahulu.

Sebelum ini empunya badan mengakui pernah bercinta dengan Hafiz Af sementara dia juga pernah digosipkan bercinta dengan pemuzik AG Coco dan Alif Aziz.

Terbaru Adira dikatakan bercinta dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia, Shahrul Nasrun Kamaruddin apabila gambar kedua-duanya sedang mencuba baju di butik pereka terkenal Ezuwan Ismail dikongsikan melalui akaun Instagram pereka tersebut.

Mengulas tuduhan sesetengah pihak mengatakan dia seorang ‘playgirl’ atau kata mudahnya seorang yang gemar memainkan perasaan orang lain, Adira menjelaskan, “mereka sekadar nampak luaran, tetapi orang tidak tahu apa sebenarnya yang saya lalui. Saya tidak makan hati dicop sebagai ‘playgirl’, yang penting saya bukanlah wanita yang suka menabur janji manis dengan ramai lelaki dalam satu masa.

“Saya masih muda, jadi saya berhak berkawan dengan ramai orang untuk memilih yang terbaik. Segala tuduhan yang dilemparkan kepada diri saya pula tidak akan sesekali membuatkan kerjaya nyanyian saya goyah. Malah saya masih kuat apatah lagi dengan sokongan keluarga yang membantu saya meneruskan langkah dalam bidang ini,” katanya yang dipetik menerusi Berita Harian.

Bercakap mengenai hubungan dengan Shahrul, Adira mendedahkan bahawa mereka masih belum memasuki fasa bercinta sebaliknya masih mengenali hati budi jejaka yang dikenalinya sejak beberapa bulan yang lalu.

Adira juga akan mempertimbangkan hasrat berhari raya ke kampung halaman jejaka tersebut di Kelantan kerana pada hari raya ketiga dia berhasrat untuk menghadiri majlis perkahwinan Ezuwan yang berlangsung di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

“Majlis pernikahan Ezuwan jatuh pada Hari Raya ketiga, jadi saya masih memikirkan sama ada mahu ‘lari’ sekejap ke sana. Kalau boleh saya mahu menghabiskan lebih banyak masa di samping keluarga, lagipun bukannya selalu kami dapat berkumpul beramai-ramai,” ujarnya lagi.

Farhan Buka Kedai Jual Biskut Raya

Farhan


Farhan Buka Kedai Jual Biskut Raya


Penyanyi yang pernah popular dengan rancangan realiti Akademi Fantasia musim keempat, Farhan Azizan, 30, kini sudah membuka sebuah kedai menjual pelbagai jenis biskut dan kuih raya yang terletak di Pandan Indah.

Minatnya dalam bidang pembuatan kuih dan biskut banyak dipengaruhi daripada ibu dan neneknya yang mendedahkannya dengan perkara itu sejak dirinya kecil lagi.

“Sebenarnya, saya sudah mula belajar memasak terutama kuih raya daripada ibu sejak di bangku sekolah lagi. Bermula dengan tempahan kuih raya daripada jiran-jiran, kini kuih raya buatan tangan saya dengan jenama Farhan’s Cookies sudah dipasarkan di beberapa pasar hiper di negara ini,” katanya kepada Harian Metro.

Antara jenis biskut yang boleh didapati di Farhan’s Cookies ialah tart nenas, semperit, suji, momo, dahlia, oreo, almond, mazola, kek kukus dan juga kek lapis yang mendapat sambutan yang hangat daripada pelanggannya.

Selain itu, Farhan turut menjual produknya itu di Bazar Ramadan KL Sentral dan jika mempunyai kelapangan dia sendiri akan turun melayani pelanggannya di sana.

Tabiat Isteri Suka Memasak Buat Beego Bimbang

Beego


Tabiat Isteri Suka Memasak Buat Beego Bimbang


KUALA LUMPUR – Pelakon Beego mengakui selepas mendirikan rumah tangga dengan aktres Linda Hashim Jun lalu, diet makanannya agak sukar dikawal.

Beego atau nama sebenar Mohd Aszerul Nizam Abdullah, 33, berkata tabiat isterinya yang gemar memasak membuatkan dia terpaksa bekerja keras untuk lebih banyak melakukan senaman.

“Sejak berkahwin berat badan saya agak naik kerana Linda suka memasak, jika dia di rumah ada sahaja yang dia masak.

“Dia pula suka masak makanan berat dengan pelbagai jenis lauk, walhal kami hanya tinggal berdua sahaja.

“Ketika bulan Ramadan ini bukan sahaja pada waktu berbuka, malah waktu sahur pun kami makan makanan berat,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, Beego berkata, bagi menjaga hati isterinya, dia akan tetap makan masakan yang telah disediakan walaupun selepas pulang daripada melakukan penggambaran.

“Kebiasaannya saya balik kerja sudah ada makanan disediakan, jadi terpaksa jugalah habiskan kerana tidak mahu membazir,

“Sebab itu saya sekarang lebih banyak bersukan untuk bakar semula lemak kalau tidak memang gemuklah saya,” katanya.

Jelas Beego, Linda juga sering mencuba pelbagai masakan baru terutama yang menjadi makanan kegemarannya.

“Dia belajar masak makanan yang saya suka macam susyi, ‘shabu-shabu’ dan macam-macam lagi. Baru-baru ini dia minta saya untuk belikan peralatan untuk masak ‘tako’.

“Saya ikutkan sahaja sebab itu adalah minat dia tapi masalah kepada saya apabila saya jadi tukang makannya,” ujar Beego berseloroh.

Bercerita tentang pengalaman kali pertama menjalani bulan Ramadan sebagai pasangan suami isteri, Beego berkata, hidupnya lebih lengkap dan teratur dalam melalui ibadah pada bulan mulia ini.

“Alhamdulillah rasanya sangat berbeza ketika hidup bujang dulu, setiap kali berbuka dan sahur ala kadar sahaja.

“Sekarang lebih sempurna, selalunya kalau bangun sahur saya yang akan kejutkan Linda sebab dia susah untuk bangun,” katanya.

Tambah Beego, jika Linda sibuk di lokasi penggambaran, dia akan berbuka bersama keluarga mertuanya. - mStar Online

Norman Tidak Terkejut Abby Nikah Lelaki Muda

Norman Tidak Terkejut Abby Nikah Lelaki Muda


Norman Tidak Terkejut Abby Nikah Lelaki Muda


PETALING JAYA – Bekas suami kepada Abby Abadi iaitu Norman Hakim tidak terkejut dengan berita pernikahan wanita itu dengan sorang lelaki muda kerana sudah menghidu hubungan mereka lebih awal.

Norman atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon, 37, berkata, disebabkan mengenali bekas isterinya itu yang penuh dengan kejutan, berita pernikahan tersebut diterimanya dengan baik.

“Sebenarnya saya dan isteri (Memey Suhaiza) pernah berjumpa dengan suami Abby sekarang sebelum mereka berkahwin dan kami seperti dapat mengagak jalinan perhubungan mereka yang nampak mesra.

“Tetapi Abby tak cakap apa-apa pun. Saya dan Memey hanya dengar sahaja berita ini dan tahu-tahu dia dah kahwin. Saya tidak terkejut dengan keputusannya memandangkan dia sering memberi kejutan dalam apa-apa perkara sekalipun.

“Kami terima pegangannya iaitu Allah didahulukan. Sebab itu mereka berkahwin dahulu, baharulah dia selesaikan hal duniawi pula. Kami hanya doakan yang terbaik,” katanya yang dihubungi mStar Online pada petang Selasa.

Abby, 36 yang juga bekas anggota kumpulan Elite telah berkahwin dengan pemuda 12 tahun lebih tua daripadanya iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24, pada 9 Julai lalu iaitu sehari sebelum menjelangnya bulan Ramadan.

Mereka dikatakan bertentang mata di sebuah pasar raya sebelum membuat keputusan untuk bernikah kira-kira dua minggu perkenalan.

Bagaimanapun Abby mahu merahsiakan lokasi pernikahan mereka atas sebab-sebab tertentu.

Tambah Norman, dia berharap agar perkahwinan itu juga tidak akan menimbulkan sebarang persoalan negatif kerana Abby mempunyai hak untuk melakukan apa sahaja demi kebaikan dirinya dan keluarga.

Dalam pada itu, bintang drama Tanah Merah itu juga berharap agar Farhan dapat membimbing Abby serta tiga orang anaknya (hasil perkahwinan Norman dengan Abby) iaitu Mohamed Danish Hakim,10, Marissa Dania Hakim,8, dan Maria Danisha Hakim, 5, dengan baik.

“Saya berasa lega dan syukur akhirnya Abby memiliki seorang suami selepas lima tahun sendirian bersama anak-anak. Ini semua hidayah Allah.

“Cuma saya harap Farhan dapat membimbing anak-anak ke jalan yang lebih baik. Moga mereka dapat membesarkan lagi keluarga ini,” ujarnya.

Abby sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Norman pada 8 Januari 2002 dan bercerai pada 18 September 2008.

Tidak lama selepas itu, Norman mendirikan rumah tangga dengan pelakon Memey Suhaiza pada 24 September 2011. – mStar

Wednesday, July 24, 2013

Tomok Utamakan Persiapan Raya Anak


Tomok


Tomok Utamakan Persiapan Raya Anak


Penyanyi Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail lebih menumpukan kepada persiapan anaknya, Arrian Shah Akid dalam menyambut lebaran Aidilfitri yang bakal menjelang ini.

Bercakap kepada Harian Metro, Tomok berkata, ““memang tahun ini persiapan saya lebih tertumpu kepada isteri dan anak terutamanya buat Arrian. Maklumlah, dia pun sudah semakin membesar dan kena cari baju yang boleh muat saiz dia”.

Tahun ini merupakan tahun kedua Tomok menyambut Syawal sebagai seorang bapa dan nyata perasaan terujanya masih belum hilang seperti mana pertama kali menyambutnya pada tahun lalu.

Arrian yang dilahirkan pada 29 Mei tahun lalu merupakan cahaya kasih buat Tomok dan isterinya, Siti Rahayu Abas atau Ayu yang mendirikan rumahtangga pada 1 Julai 2011.

Tomok juga tidak menghalang sekiranya anaknya ingin mengikut jejak langkahnya dalam bidang seni pada masa akan datang cumanya dia mahu memastikan anaknya itu menjalani fasa pembelajaran yang betul terlebih dahulu.

Rabecca Saman Syarikat Erma Fatima

rabecca


Rabecca Saman Syarikat Erma Fatima


Kuala Lumpur – Pelakon Rabecca Nur Al-Islam Ahmad, 27, memfailkan saman terhadap Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd milik produser dan pengarah Erma Fatima kerana mendakwa syarikat produksi itu gagal melunaskan baki bayaran lakonannya sebanyak 40 peratus untuk drama Dejavu Di Kinabalu arahan pengarah terbabit, tahun lalu.

Erma

Rabecca memfailkan saman di Mahkamah Majistret Sivil, Kompleks Mahkamah, Jalan Duta, di sini, semalam melalui syarikat guaman Azam, Idzham, Azman & Partners.

Drama Dejavu Di Kinabalu diterbitkan sebanyak 28 episod dan disiarkan menerusi slot Akasia di TV3, setiap Isnin hingga Khamis, mulai 18 Jun dan berakhir pada 31 Julai 2012.

Selain Rabecca, drama berkenaan turut dibintangi Tiz Zaqyah, Aqasha, Nazim Othman dan Aishah Ilias.

Menurut Rabecca, dia tidak boleh bercakap lebih lanjut mengenai kes itu kerana masih dalam perbicaraan. – HARIAN METRO

Sara Amelia Dakwa Fatwa Ratu Cantik DAH LAPUK!

Sara Amelia Dakwa Fatwa Ratu Cantik DAH LAPUK!


Sara Amelia Dakwa Fatwa Ratu Cantik DAH LAPUK!


Seorang peserta ratu cantik Sara Amelia Bernard mempersoalkan satu fatwa yang menyebabkan penganjur menggugurkan beliau daripada menyertai pertandingan Miss Malaysia World 2013.

Beliau mendakwa fatwa yang diwartakan pada 1996 itu “lapuk” dan tidak lagi sesuai digunakan pada masa sekarang.

Sara Amelia dalam tulisannya di Facebook menjelaskan, penganjur pertandingan berkenaan telahpun meminda peraturan untuk membenarkan peserta berpakaian sopan bagi memberi kesesuaian kepada peserta wanita beragama Islam.

“Saya telah diberitahu bahawa sebagai peserta beragama Islam, saya tidak akan memakai pakaian renang dalam pusingan baju renang sebaliknya hanya perlu berpakaian sederhana sama ada baju renang dengan seluar atau pakaian sukan.

“Saya juga telah diberitahu bahawa pertandingan akhir peringkat antarabangsa akan diadakan di negara Islam jiran kita, Indonesia,” tulisnya.

Pertandingan akhir ini akan berlangsung di Bali dan Jakarta pada bulan September di tengah-tengah ancaman protes oleh kumpulan konservatif agama.

480192_481153178623516_43424959_n

My thoughts on being disqualified from Miss Malaysia World because I am Muslim
July 22, 2013 at 6:13pm
I’ve always wanted to join Miss Malaysia, and was so excited to receive news that Muslim girls would be able to participate in Miss Malaysia World this year. It was finally an opportunity to show the world what true Malaysian beauty is. A beauty queen is not merely a pretty face but is intelligent, cultured, well-spoken, kind hearted, warm and friendly. She uses her title to help others and participates in various charities worldwide. The idea of working with underprievelaged children and the less fortunate motivated me deeply.

I went for the auditions where I first met the pageant organizer, Miss Malaysia Universe 1990, Datin Anna Lim. She’s the type of lady who has a smile that can light up an entire room, a real beauty queen who radiates happiness and warmth wherever she goes. I was told that as a Muslim participant, I would not wear a bikini in the swimsuit round and instead be required to wear something more modest- either a swimsuit with pants or sports attire. I was also informed there that the international grand finals would be held in our Muslim neighbouring country, Indonesia.

At the auditions, I was given an autobiography book written by Datin Anna. In it were amazing tales of her life’s adventure. It seems that we were both from Ipoh! I smiled when I flipped through the pages of photographs of her with orphaned children, cancer patients, Miss Universes’s from other nations… I was even more impressed to learn that after the competition, she studied in London and became a stock broker! In fact, she also started her own interior designing firm. A true example of beauty with brains! That night I dreamed of following in her footsteps.

The next day, I received a call informing me that I had made it into the Top 20 Finalists! I was estatic and overjoyed. A few days later I joined the other girls for a photoshoot and press launch.

Just as news that 4 Muslim girls were participants had made headlines, however, it was published that a ‘fatwa’ existed banning Muslim women in Malaysia from participating in beauty pageants. Wawa, Miera, Kathrina and I were disqualified!

Today I am saddened, disappointed and outraged that in 2013 the country’s largest ethnic race cannot participate in Miss Malaysia.

The reason why the ‘fatwa’ was created in 1996 no longer exists. Competition rules allow Muslim girls to dress modestly. Even if not, shouldn’t religion be a personal choice? The first Muslim girl won Miss World USA in 2010, and in UK similarly many years ago.

Miss world pageant isn’t about parading women to entice lust in men but to show the elegance and inner beauty of a woman since the organizations aim to help others through charities.

Why prevent us from making the country proud? If wearing tight attire is such a sin, why not ban swimming and gymnastics too?

As I type the last lines to this note, I just received a message from Datin Anna Lim who has made so much effort and braved to fight for our rights:

Please to inform you Dato’ Anna Lim has been trying to arrange for a meeting with Datuk Wan Zahidi ‘why muslim girls are illegal and sinful to participate in beauty pageants’? She wants to know which part of the Quran states that and hope to have a favourable explaination to this matter. But unfortunately her request on the meeting to discuss this matter has not be granted and no further explaination was made.

Please help our fight for justice, Malaysia. We’re standing up against discrimination as this outdated ‘fatwa’ needs to be ammended.

Thanks everyone for all the love and support!

#missmalaysiaworld

Tuesday, July 23, 2013

Pekin Akui Dah Bertunang Dengan Uqasha

Pekin


Pekin Akui Dah Bertunang Dengan Uqasha


Semalam, heboh mengatakan hubungan cinta di antara pelakon Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose sudah berakhir.

Namun, menerusi sebuah portal hiburan, Uqasha menafikan perkara tersebut dan mengatakan hubungan mereka masih baik seperti dulu.

Terbaru, kekasihnya, Pekin menerusi portal Malaysian Digest mendedahkan bahawa mereka sudah bertunang pada awal bulan ini.

“Saya dan keluarga telah menghantar rombongan merisik dan saya dan Uqasha sudah bertunang pada awal bulan ini,” katanya.

Pekin yang enggan bercerita lanjut mengenai pertunangannya dengan kakak kepada Nelydia Senrose itu turut menafikan hubungan mereka bermasalah seperti yang digembar-gemburkan oleh peminat mereka.

Spekulasi tercetus selepas Uqasha berkongsi puisi berjudul Letting Him Go di akaun Instagramnya sekaligus peminat mengandaikan bahawa hubungan keduanya sudah putus di tengah jalan.

Mengulas mengenai perkara tersebut, Pekin menjelaskan, “sebenarnya puisi tu tak bermaksud apa-apa pun. Mungkin juga untuk Ashraf Muslim. Iyalah sebab seperti mana kita semua maklum Ashraf hangat dengan isunya baru-baru ni, kan. Jadi dia (Uqasha) saja lah letak sajak tu. Orang mungkin dah tersalah anggap dan mereak berfikir kami sudah berpisah. Padahal hubungan kami baik-baik saja”.

Suami Bakar Diri Lepas Kecewa Isterinya Curang Dengan LESBIAN Di Ampang

kalinda-lana-the-good-wife-lesbian-portable-lgbt


Suami Bakar Diri Lepas Kecewa Isterinya Curang Dengan LESBIAN Di Ampang


Ampang – Kecewa apabila isteri yang dikahwini 18 tahun menjalinkan hubungan cinta sejenis, seorang lelaki nekad cuba membunuh diri dengan mencurah petrol ke badannya sebelum membakar diri di rumah mereka di Pandan Height, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 9 malam itu, mangsa, Lim Vit, 58, melecur hampir 100 peratus pada badan dan kini dilaporkan dalam keadaan kritikal di Hospital Ampang.

Abang mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum itu adiknya bertengkar dengan isterinya berusia 45 tahun apabila mendapat tahu wanita itu berlaku curang menjalinkan hubungan sejenis dengan majikan berusia 40-an di tempat kerjanya.

Menurutnya, pasangan itu sudah mendirikan rumah tangga sejak 18 tahun dan dikurniakan tiga anak lelaki berusia lapan hingga 18 tahun.

“Hanya dua bulan adik saya (mangsa) mendapat tahu isterinya yang bekerja di sebuah hotel menjalinkan hubungan sejenis dengan majikannya sejak itu sering bertengkar,” kata abang mangsa. – HARIAN METRO

Diana Amir Elak Selalu Keluar Dating

Diana Amir


Diana Amir Elak Selalu Keluar Dating


Pada bulan September depan, genaplah setahun pelakon Diana Amir mengikat tali pertunangan dengan pensyarah UiTM, Mohd Habib Bullah A.Rahman. Dan diikutkan pada perjanjian, pasangan ini akan bernikah setelah usia pertunangan mereka cukup setahun.

Bertemu Diana di majlis berbuka puasa MIG Bersama Media di Restoran Shogun, Sunway, malam tadi, sempat juga ditanyakan kepada gadis manis ini tentang persiapan majlis pernikahannya nanti.

“Kursus kahwin pun saya belum pergi. Sibuk sangat sampai saya terlupa nak pergi,” jawabnya sambil tergelak kecil.

Jelasnya, memang kalau mengikut perancangan sewaktu bertunang, dia akan bernikah dalam masa terdekat ini. Tetapi buat masa ini kata Diana, tarikh sebenar hari bersejarahnya itu belum dapat diputuskan lagi.

“Setakat ini kami tiada tarikh lagi. InsyaAllah kalau ada jodoh tak ke mana. Saya pun dah sedia untuk menjadi isteri. Target memang dalam tahun ni. InsyaAllah selepas raya. Tapi soal harinya bila, saya serah pada tunang saya dan keluarganya. Saya hanya tinggal tunggu keputusan dari dia saja ni.

Bagaimanapun kata Diana, dia tidak mendesak tunang dan keluarga pihak lelaki kerana memahami yang tunangnya kini sangat sibuk menguruskan banyak hal. Difahamkan Habib sedang menyambung pengajian peringkat Master di Universiti Sain Malaysia (USM). Selain itu, Habib turut memabntu menguruskan perniagaan yang dijalankan Diana.

“Sebenarnya dia sekarang tengah buat master di USM. Sambil tu dia sibuk uruskan perniagaan-perniagaan saya. Kira dia dah macam PA saya dah sekarang. Jadi dia sibuk dengan semua tu dan saya pula sibuk dengan usrah dan latihan motivasi.

“Saya ada jalankan perniagaan tudung iaitu koleksi Emel. Koleksi ni saya bekerjasama dengan pereka fesyen Melinda Looi. Selain tu saya ada juga jual baju kasual dan baru dua minggu lalu saya buku pertama saya, Titian Mahabbah berada di pasaran. Buku ni saya tulis bersama penulis Ibnu Rijal.

“Memang keluarga saya pun dah mula bertanya-tanya pada kami. Tapi Alhamdulillah, bapa saya seorang pendidik dan tunang saya pun seorang pendidik, jadi bapa saya faham situasi tunang saya sekarang. Tunang saya ada bagitahu saya yang dia perancangan dia sendiri tentang bila pernikahan kami dan saya percaya dia tahu apa yang dia nak buat. Jadi saya hanya tunggu sajalah”, tuturnya lagi.

Dalam pada itu Diana tidak menafikan dalam tempoh pertunangan seperti mana pasangan lain, mereka turut berdepan dengan dugaan. Namun setiap dugaan yang datang itu dapat ditempuhi. Paling utama mereka berdua sentiasa menjaga batasan dan masing-masing saling cuba memahami antara satu sama lain.

“Dugaan paling besar adalah kami kena saling faham memahami antara satu sama lain. Keluarga dia banyak berpesan pada saya, kalau pun kami ada selisih faham, kami perlu banyak sabar. Kami kena jaga batas agama. Kami tak boleh nak rapat sangat.

“Jadi kami selalu elakkan perbualan yang akan menimbulkan pergaduhan. Selalu elak keluar dating. Ala, dah nak kahwin pun… Tapi kalau jumpa pun sebab hal kerja”, katanya.

Perkembangan lain, Diana berkata dia masih menantikan skrip yang sesuai untuk kembali aktif semula dengan dunia lakonan.

Sasha Saidin Berkenan Dengan Sikap Che Ta

Sasha Saidin Berkenan Dengan Sikap Che Ta


Sasha Saidin Berkenan Dengan Sikap Che Ta


BEKAS ahli kumpulan Elite, Sasha Saidin ternyata suka dan berkenan dengan sikap berbudi bahasa yang ditunjukkan oleh bakal adik iparnya iaitu pelakon cantik, Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta.

“Saya sebenarnya baru jumpa dia (Che Ta) dua kali.  Pertama kali ketika sambutan hari jadi dan makan malam.

“Apa yang boleh saya katakan, Rozita merupakan seorang wanita yang ‘very well mannered’ (berbudi bahasa).  Dia seorang yang lemah lembut, pandai bawa diri dan sangat menjaga penampilan.  Saya tak ada masalah dengan dia,” jelasnya yang dipetik menerusi portal Gua.

Adik Sasha, Zain, 29,  sebelum ini dilaporkan bakal mendirikan rumahtangga dengan Che Ta, 42, selewat-lewatnya pada akhir tahun ini namun pasangan itu masih belum mendedahkan kepada pihak media bilakah tarikh majlis itu bakal dilangsungkan.

Uqasha Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim

Uqasha Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim


Uqasha Nafi Putus Cinta Dengan Pekin Ibrahim


Timbul desas-desus yang mendakwa pasangan Uqasha Senrosa dan Pekin Ibrahim telah putus cinta.  Semua ini gara-gara sebuah gambar yang mengandungi ‘qoutes’ yang bertajuk ‘Letting Him Go’ yang dimuat naik di laman Instagram milik Uqasha dan status yang dimuatnaik di laman Twitter Uqasha yang berbunyi ‘Mental Breakdown’.

Dikhabarkan juga hubungan pasangan ini berakhir gara-gara sikap Pekin sendiri yang tidak serius dalam perhubungan mereka. GUA menghubungi Uqasha sendiri untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung gosip ini.

“Hubungan saya dan Pekin sama seperti dahulu. Kami baik-baik sahaja dan hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Saya dan Pekin tiada apa-apa masalah. Saya saja mahu memuatnaik gambar yang mengandungi ‘qoutes’ tersebut. Cerita mengenai Pekin yang ‘memasang perempuan’ keliling pinggang dan tidak serius dalam perhubungan juga adalah tidak betul,” tutur Uqasha lagi seterusnya menafikan khabar angin yang bertiup.

“Mengenai status Twitter saya pula, biasalah, hari-hari saya menghadapi pelbagai perkara, sibuk dengan penggambaran, lagi-lagi sekarang ini kita semua sedang menjalani ibadah puasa, jadi kadang-kadang saya penat dan tertekan. Perkara itu tiada kena mengena dengan hubungan kami. Spekulasi yang dibuat tidak benar,” ulas kakak kepada aktres Nelydia Senrose ini lagi.

Ketika diminta mengulas apakah perasannya apabila cerita sebegini menimpa dirinya, Uqasha hanya menganggap perkara ini cuma perkara kecil sahaja.

“Perkara ini bukannya betul, jadi saya tak anggap perkara ini sebagai masalah besar. Biarlah apa orang mahu cakap, asalkan saya tahu perkara yang sebenar,” jelas pelakon filem ‘Paku Pontianak’ ini.

Dalam perkembangan terbaru, aktres manis ini tetap meneruskan kerjaya seninya seperti biasa di bulan Ramadan. Uqasha kini sedang giat menjalani pengambaran drama berjudul ‘ Ratu Syahadah’ untuk siaran RTM dan dia baru sahaja selesai menjalani penggambaran drama bersiri istimewa sempena Ramadan arahan Rashid Sibir bertajuk ‘Tok Abah’ yang disiarkan di saluran Astro Oasis.

Gadis manis ini bakal menyambut sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama keluarganya di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum mereka sekeluarga berangkat pulang menyambut kemeriahan Syawal di kampung halaman mereka di Kelantan Darul Naim. – Gua

Monday, July 22, 2013

Gambar : Ainan Tasneem Terlibat Dengan Kemalangan

Ainan-Tasneem-kemalangan


Penyanyi yang terkenal menerusi lagu Aku Suka Dia, Ainan Tasneem dikatakan telah mengalami kemalangan kereta sewaktu melalui lebuhraya NPE (New Pantai Express Highway) sekitar jam 2.30 petang semalam.

Menurut Ainan Tasneem, sewaktu kemalangan berlaku, dia dan teman baiknya dalam perjalanan menuju ke Bandar Tasik Selatan dan secara tiba-tiba kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah kereta dari arah belakang.
Kejadian semalam di lebuhraya NPE. 21 Julai around 2.30 pm. Alhamdulillah…. Nothing happen to me and my bestfriend. Cuma sekarang setiap urat dekat badan terlalu sakit dan banyak lebam akibat impact yang terlalu kuat.

We were on our way to Bandar Tasik Selatan. Bertembung dengan kereta belakang yang nak ke kanan waktu kita orang nak masuk ke simpang kiri. Kereta dua-dua dalam keadaan yang sangat laju.


Ainan Tasnem

Keadaan kereta yang dinaiki oleh Ainan Tasneem

Ainan turut melahirkan rasa syukur kerana terselamat daripada kemalangan tersebut, akan tetapi dia akui masih lagi trauma.
Dalam kereta berasap dan airbag semua keluar. Alhamdulillah tayar kereta terkeluar dari tempat tayar so besi tu tersekat dekat longkang. Kalau tak, kereta memang terus akan menjunam ke tepi gaung sebelah tu je.

Nauzubillah. Alhamdulillah Allah masih bagi nyawa untuk kami bernafas… To people out there, please.. Drive safely. Sayangi nyawa anda. Ainan trauma kejap :( Sampai sekarang masih teringat ingat apa yg berlaku semalam. Tq Allah for giving us chance to live.

Takziah diucapkan buat Ainan dan diharapkan agar penyanyi ini akan cepat sembuh serta dapat jalankan aktiviti hariannya seperti biasa.

Untuk semua peminat Ainan Tasneem, jom layan beberapa foto terkini penyanyi tersebut selepas ini :

 
Ainan Tasneem 3


Ainan Tasneem 4


Ainan Tasneem 5


Ainan Tasneem 6
Ainan Tasneem 7


Ainan Tasneem 8


Ainan Tasneem 9


Ainan Tasneem 10


Ainan Tasneem 11


Ainan Tasneem 12









Related Posts with Thumbnails