Monday, January 24, 2011

Siri Super Terbuka Malaysia Proton 2011 - Datuk Lee Chong Wei No 1


Tahniah,Tahniah,Tahniah,Tahniah,Tahniah,Tahniah, ucapan dari suarapeople :) kepada Datuk Lee Chong Wei selepas berjaya mempertahankan kejuaraan kali ketujuh di hadapan penyokong tanahair.

Rentak permainan Chong Wei sedikitpun tidak terjejas meskipun kemelut di antara bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) masih berterusan sehingga hari ini.

Kehadiran Misbun pada setiap perlawanan ternyata menyuntik semangat pemain kelahiran Pulau Pinang itu.

Chong Wei mahupun Taufik masing-masing beraksi pada kelas tersendiri tetapi nasib hanya menyebelahi pemain yang mempamerkan persembahan terbaik.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah naib juara Sukan Olimpik 2008 itu yang meraih kemenangan keduanya tahun ini selepas Kejohanan Badminton Siri Super Masters Akhir di Taiwan, dua minggu lalu.

Datuk Lee Chong Wei juga turut meletakkan Kejuaraan All England dan Kejuaraan Dunia (Ogos) sebagai sasaran utama selepas ini.

suarapeople : Syabas Datuk Lee Chong Wei !!! Anda Hebat!

7 comments:

Tweets that mention Siri Super Terbuka Malaysia Proton 2011 – Datuk Lee Chong Wei No 1 | -- Topsy.com said... [Reply to comment]

[...] This post was mentioned on Twitter by Ayie and Ayie, Ayie. Ayie said: Siri Super Terbuka Malaysia Proton 2011 – Datuk Lee Chong Wei No 1 http://kelantanbloggers.com/read/9787 [...]

suarakomputer said... [Reply to comment]

tahniah chong wei dan tahniah semua pemain dan jurulatih keluar dari BAM.

BAM tau ckp je dan tak tau main.
hehe...jgn mare

suarapeople said... [Reply to comment]

@suarakomputer, betul ke tau ckp je tu..hak4

AMiRU said... [Reply to comment]

Good Job Chong Wei! Hopefully prestasi LCW akan kekal mantap sepanjang tahun..

suarapeople said... [Reply to comment]

@AMiRU, harapnya begitu walaupun ada krisis dalam BAM

suarakomputer said... [Reply to comment]

abaikan krisis...yg penting malaysia juara

suarapeople said... [Reply to comment]

@suarakomputer, yeah!

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails