Sunday, February 27, 2011

Apa ada pada Ultras Malaya


TANPA dibiayai mana-mana pihak, sekumpulan penyokong pasukan bola sepak kebangsaan menggelarkan diri mereka sebagai Ultras Malaya sentiasa hadir memenuhkan segenap ruang stadium sebagai tanda sokongan kepada Harimau Malaya.

Kumpulan penyokong itu akan berdiri sepanjang 90 minit perlawanan berlangsung, dan akan menyanyi tanpa henti sambil diiringi paluan gendang skuad pemalu gendang ultras, selain melakukan persembahan melalui mafla, bendera, kad dan sebagainya untuk membangkit rasa ghairah dan memeriahkan suasana stadium.

Bagi mereka, apa yang penting adalah menunjukan semangat patriotik pada negara dan menunjukkan sokongan tidak berbelah bahagi kepada pasukan kebangsaan.

Pengendali ultrasmalaya.net, Arif Billah Idris berkata, sebenarnya mereka berhimpun memberikan sokongan kepada pasukan bola sepak negara sejak tahun 2007, bukan sekadar selepas pasukan Harimau Malaya menjuarai Piala AFF Suzuki 2010.

Menurutnya, ketika itu, mereka akan menyanyi, bersorak dan bergendang walaupun hanya menonton melalui kaca televisyen di kedai makan.


“Walaupun sering menerima kritikan dari pengunjung lain, kami berasa bangga dapat menunjukkan sokongan kepada bola sepak negara.

“Mungkin bunyinya agak pelik dengan cara sokongan ini, tetapi inilah cara sokongan masyarakat di Turkey, Greece, Serbia, Brazil dan sebagainya, negara di mana masyarakat di sana begitu fanatik dengan bola sepak,” katanya.

Menurutnya, menyingkap sejarah awal penubuhan kelab penyokong yang semakin dikenali itu, Arif menjelaskan pada ketika itu beberapa pelopor awal ultras berkenalan di stadium.

“Ketika itu, hanya 10 hingga 15 orang di awal penubuhan pada 2007, dan dari situ perbincangan diadakan secara serius untuk menubuhkan sebuah kumpulan penyokong tegar dikenali sebagai Ultras Malaya.

“Pada ketika itu, skuad negara dirundum malang apabila dimalukan dengan kekalahan teruk pada kejohanan Piala Asia di mana kita menjadi tuan rumah. Tanpa memikirkan prestasi bola sepak negara ketika itu, apa yang kami utamakan terus bersama memberikan sokongan kepada pasukan kebangsaan,” katanya.

Pada asalnya Ultras Malaya bergerak aktif melalui laman sesawang satu lagi kumpulan penyokong bola sepak Malaysia, Hariamaumalaya.com dan pada 2010, barulah Ultras Malaya bergerak sendiri melalui laman sesawangnya ultrasmalaya.net selain turut aktif melalui facebook ultras malaya 07.

Ketika ini, lebih kurang 1,000 ahli menyertai Ultras malaya yang sentiasa menyokong pergerakan pasukan kebangsaan.

“Setiap kali pasukan kebangsaan beraksi, kami mampu mengumpul antara 400 hingga 600 ahli tegar hadir memberikan sokongan.

Sambil mengakui peningkatan pasukan bola sepak negara ketika ini kembali menyemarakkan suasana di stadium, mereka berharap lebih ramai rakyat Malaysia sanggup berkorban masa dan wang ringgit untuk ke stadium dengan memberikan sokongan moral kepada pasukan kebangsaan.

sumber : SH

 

suarapeople : aku juga seorang ultras :)


find me! hahaha.. UKTRM (Kelantan) bersama UK (Kedah)

2 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails