Monday, March 7, 2011

PRK Merlimau: Calon PAS Tak Mengundi,Yang Lain Jom Keluar Pengundi


Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan.

Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau.

Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan.

Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad.



Seramai 10,679 pengundi DUN Merlimau bakal menunaikan tanggungjawab mereka sebelum proses pemilihan tamat pukul 5 petang manakala keputusannya dijangka diumumkan kira-kira pukul 8 malam di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini.

Kerusi kawasan tersebut kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

 

suarapeople : mari lah mari kita mengundi..tunaikan lah kewajipan pada negara!

0 comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails