Showing posts with label Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau Serentak Dengan Merlimau. Show all posts
Showing posts with label Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau Serentak Dengan Merlimau. Show all posts

Monday, March 7, 2011

PRK Merlimau: Calon PAS Tak Mengundi,Yang Lain Jom Keluar Pengundi


Calon PAS, Yuhaizad Abdullah, 38, tidak mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berlangsung pemilihannya pada Ahad kerana beliau bukan pengundi kawasan berkenaan.

Sebaliknya beliau dan isteri, Shakila Mohamad merupakan pengundi DUN Bemban yang terletak kira-kira 15 kilometer dari Merlimau.

Keadaan itu, menyebabkan PAS kehilangan dua undi yang dilihat boleh menjejaskan peluang Yuhaizad memperoleh kemenangan.

Namun calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad memiliki kelebihan kerana beliau dan isteri, Zalifah Omar merupakan pengundi DUN Merlimau yang menunaikan tanggungjawab mereka di Sek. Keb. Merlimau 1, Merlimau Pasir kira-kira pukul 8.40 pagi Ahad.

PRK Kerdau: SPR Yakin Peratusan Keluar Mengundi Meningkat

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yakin peratusan keluar mengundi bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau akan melebihi sasaran awal iaitu 80 peratus.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, keyakinan itu berdasarkan perkembangan terkini peratusan keluar mengundi sehingga pukul 11 pagi iaitu sebanyak 54.34 peratus atau 4,890 orang pengundi.

"Sekarang masih awal, namun jumlah pengundi keluar mengundi sehingga kini sangat baik dan memberangsangkan.

"Dengan keadaan cuaca yang baik, saya yakin kita akan capai peratusan keluar mengundi melebihi 80 peratus," katanya selepas meninjau pusat mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau di sini, Ahad.

Jumlah keseluruhan pengundi berdaftar di DUN Kerdau ialah seramai 8,999 orang.

Saturday, February 19, 2011

Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kerdau Serentak Dengan Merlimau


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, Pahang, diadakan serentak dengan PRK DUN Merlimau, Melaka, pada 6 Mac ini.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan bahawa tarikh penamaan calon bagi kedua-dua PRK itu ditetapkan pada 26 Februari ini.

Kerusi DUN kawasan Kerdau kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat serangan jantung pada Sabtu lepas.

Related Posts with Thumbnails