Monday, October 31, 2011

Khairul Fahmi Che Mat & Dahlia Teck Yg Seksi Di Party


Khairul Fahmi Che Mat dan Dahlia Teck bersama rakan-rakan yang super seksi di Werner’s, Changkat Bukit Bintang.

Sebagai makluman, Werner’s merupakan tempat makanan hidangan Itali.

 



tgk atas meja ape tu....Black Label tu..antara arak termahal...



apa nak jadi ni?



pic from : mediamalaya.com

Friday, October 28, 2011

Budak 8 Tahun Disuntik Botox Untuk Sertai Pertandingan Kecantikan


Pihak berkuasa San Francisco sedang menyiasat seorang ibu yang mengakui memberikan suntikan botox antikedutan kepada seorang anak perempuannya yang berusia lapan tahun yang menyertai pertandingan kecantikan, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang ahli kecantikan sambilan, Kerry Campbell mendapat kecaman ramai setelah dia menyuntik wajah anaknya, Britney dengan botox bagi menghilangkan kedutan yang muncul di wajah gadis itu ketika dia tersenyum.

Kerry mendakwa dia hanya memberikan rawatan itu ketika anaknya menyertai pertandingan kecantikan.

Wanita itu menegaskan bahawa anaknya itu meminta dia disuntik dengan botox.

Bagaimanapun, seorang pakar psikiatri, Dr. Charles Sophy berkata, ibu kanak-kanak berkenaan menghadapi risiko serius kerana merosakkan kehidupan anaknya berdasarkan aspek fizikal dan psikologi.

Suntikan botox amat menyakitkan dan tidak disyorkan untuk dilakukan ke atas perempuan di bawah umur 18 tahun.

Siaran Langsung Perlawanan Akhir Piala Malaysia Di TV1

Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan secara langsung aksi perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 antara Negeri Sembilan dan Terengganu, Sabtu ini.

Siaran langsung di saluran TV1 dari Stadium Shah Alam itu bermula jam 8.40 malam....

Perlawanan akhir Piala Malaysia tahun ini berlangsung di Stadium Shah Alam berikutan kerja-kerja penyelenggaraan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Aidiladha disambut Ahad depan

Umat Islam di Malaysia akan menyambut Aidiladha pada 6 November, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Haji bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Ahad, 6 Nov 2011," katanya.

YAHOOOO RAYA!!!!! jom cari lembu awal-awal..kambing ke..unta ke.. ;p

Thursday, October 27, 2011

Pelajar berpeleseran awal pagi


Penduduk Taman Cahaya Masai di sini, kesal dengan gelagat pelajar institusi pengajian tinggi kerana suka berpeleseran hingga awal pagi, termasuk membawa teman berlainan jantina ke rumah masing-masing.

Sikap kumpulan pelajar terbabit yang tidak bertanggungjawab dalam menjaga tata susila hidup di situ, menyebabkan taman perumahan itu turut mendapat jolokan sebagai Taman Cahaya Maksiat.
Suri rumah, Azizah Hamzah, 42, berkata tindakan pelajar melakukan maksiat dan mengamalkan gaya hidup sosial melampau atau sesuatu yang tidak baik.
“Kebanyakan mereka menyewa sekitar taman perumahan ini kerana pusat pengajian mereka berdepan masalah kekurangan asrama. Namun, apabila duduk di rumah sewa di sini, masing-masing tidak menjaga adab dan tatasusila.

“Berdasarkan etika pakaian setiap kali hendak keluar belajar di kampus, masing-masing kelihatan berpakaian kemas termasuk bertudung bagi yang perempuan.

“Malangnya, apabila sampai di kawasan rumah masing-masing, yang perempuan hanya bersinglet dan berseluar pendek di luar rumah. Setiap hari, pasti ada lelaki yang datang bertandang di rumah terbabit," katanya.

Azizah berkata, ada di kalangan pemilik rumah sewa yang prihatin, melakukan pemeriksaan mengejut terhadap kediaman terbabit dan terserempak dengan pelajar perempuan yang membawa teman lelaki masuk rumah.
Penduduk, Melati Rosli, 42, menyifatkan kumpulan pelajar terbabit sebagai sudah melampau batasan apabila tidak menghormati sensitiviti masyarakat setempat dan perumahan itu yang turut didiami golongan berkeluarga.

 

Wednesday, October 26, 2011

Senarai Pemain Yang Kekal Bersama Kelantan 2012


Mungkinkah Farhan dan indra akan kembali bersama the red warriors?


 

Antara pemain yang kekal mewakili Kelantan untuk musim 2012 ialah

Shahrizan Ismail,Khairul Fahmi Che Mat, Daudsu, Farisham Ismail, Rizal Fahmi, Subramaniam, Mat Aziz, Zairol Fitree, Shakir Shaari, Badhri Radzi, Chanturu, Matyo, Ramzul, Nizad, Izuan Rosli, Nik Shahrul Azim dan Izuan Solahuddin.

Manakala 3 Pemain Import dan 6 Pemain baru tempatan untuk musim 2012 pula akan diumumkan oleh Tan Sri Annuar Musa selepas berakhirnya kancah saingan Piala Malaysia 2011.

Kerana Dadah, Lindsay Lohan Diambang Kehancuran

Lindsay Lohan Menghancurkan Karier Sendiri?


Kebanyakan orang mengenali Lindsay Lohan sebagai pelakon kanak-kanak satu ketika dulu. suarapeople mula mengenali Lindsay melalui filem Parent Trap (1996). Sekitar awal 2000′an, nama Lindsay melonjak naik kerana lakonannya dalam beberapa filem sebagai gadis remaja, terutamanya filem Mean Girls (2004).Memang minat jugak la dia ni..sebab cute dulu! tapi sekarang ?

Tapi nampaknya zaman itu sudah berlalu. Kalau dulu Lindsay difoto oleh paparazzi kerana kecantikannya, kini dia difotokan kerana perubahan pada fizikalnya serta kontroversi demi kontroversi yang ditimbulkannya. Bapa Lindsay sendiri mendakwa Lindsay ialah seorang penagih ganja dan ‘meth’.

Monday, October 24, 2011

Marco Simoncelli Meninggal Di Sepang

video pelanggaran ngeri pelumba MotoGP Honda Marco Simoncelli di litar Sepang yang kemudianya meninggal dunia di bilik kecemasan litar Sepang.




Saturday, October 22, 2011

Keputusan sesi kelayakan MotoGP Malaysia 2011


 

Berikut adalah keputusan sesi kelayakan perlumbaan Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2011 di Litar Sepang di sini hari ini:

 

[Gambar] Izara Aishah Yang Seksi, Pelakon Drama Soffia di TV3



Gadis bernama Izara Aishah sudah pasti menjadi sebutan dan bualan peminat drama di Malaysia khasnya ketika drama Soffia yang menghiburkan anda di TV3. Watak seorang anak yang garang dan sering membuatkan ibu tirinya (Tizz Zaqyah) terasa hati kerana tidak menerimanya, malahan sering menuduh beliau.

Mau lihat gambar seksi nya lagi? heee jom kita lihat! takde lah seksi sangat

Buru gol semangat demi maruah, Misi 33


'KAMI akan bangkit.” Itulah kata-kata bersemangat dilaungkan pemain Selangor, Rudie Ramli buat mengapikan semangat rakan sepasukan untuk memadamkan defisit kekalahan 0-2 kepada Terengganu.

Dia menambah: “Selangor masih ada 90 minit untuk membuktikan kemampuan sebenar. Percaya kami ada peluang 50-50 untuk menang dan layak ke final. Saya pasti jurulatih (P Maniam) ada strategi sendiri merencanakan sesuatu.
“Tiada apa yang mustahil untuk menewaskan lawan di tempat mereka kerana itulah yang mereka lakukan sebelum ini di Shah Alam.”

Ajal makan malam terakhir


Tiga sekeluarga yang sedang menikmati makan malam mati dibunuh sekumpulan tiga penjenayah yang menceroboh rumah mereka di Engkilo, Jalan Chew Khun, di sini malam kelmarin.
Kejadian kira-kira jam 7 malam itu turut menyebabkan seorang lagi ahli keluarga berkenaan parah ditikam di perut.
Tiong Tang Ming, 69, bersama anak lelakinya, Tiong King, 35, dan menantu, Teu Lee Mee, 32, mati serta-merta, manakala isteri Tang Ming, Peh Kim Eng, 50, kini dirawat di Hospital Sibu (HS). Mayat tiga mangsa berkenaan turut ditempatkan di rumah mayat HS.

Tiga perompak berusia antara 30 hingga 40 tahun terbabit dikatakan muncul tiba-tiba di rumah keluarga berkenaan yang terletak dalam kawasan kebun dan kemudian berpura-pura meminta kerja tetapi tidak dihiraukan.

Friday, October 21, 2011

Samun rokok di kawasan masjid




Sekumpulan lapan penjenayah menyamun dua pemandu van sebuah syarikat rokok dengan melarikan beratus karton rokok, wang dan jam tangan bernilai hampir RM82,000 kelmarin.

Kejadian pukul 1.50 petang di Kampung Pulau Panjang,besut,terengganu dekat sini itu berlaku ketika Azmi Mat Ali, 43, dan Othman Mamat, 44, masing-masing memandu sebuah van, sedang berhenti di kawasan masjid tersebut untuk melepaskan lelah dan menunaikan solat Zuhur.

Suspek menghentak kepala salah seorang mangsa ke stereng sebelum mengikat tangan dan menutup matanya untuk melarikan kesemua barang berharga itu.

Difahamkan, ketika itu, Othman membawa 233 karton rokok bernilai RM23,715 manakala Azmi pula membawa 250 karton bernilai RM27,810. Selain rokok, wang RM17,000 milik syarikat dan jam tangan jenama Rado milik Othman bernilai RM5,000 juga dilarikan.

Mengimbau semula kejadian itu, Othman memberitahu, sebaik tiba, dia didatangi seorang lelaki yang terus menghentak kepalanya ke stereng.

Ceritanya, suspek kemudian telah memegang kepalanya dan mengarahkannya menyerahkan kesemua wang yang dibawa.

“Tidak lama kemudian, tujuh lagi rakannya yang menaiki dua buah kereta tiba lalu mengikat tangan dan menutup mata saya. Azmi yang berada tidak jauh juga menerima nasib serupa,” katanya

Derita buah zakar terlampau besar


Seorang lelaki Nevada, Wesley Warren Jr, memerlukan RM3 juta bagi membolehkannya menjalani pembedahan membetulkan buah zakarnya yang besar melampau.

Selama ini, lelaki berusia 47 tahun itu hanya mendiamkan penderitaannya, namun semalam dia membuat rayuan terbuka bagi membolehkan pembedahan dijalankan dan mampu menjalani hidup seperti biasa.

Warren memiliki buah zakar seberat 44.5 kilogram.
Disebabkan pembesaran melampau pada buah zakarnya, Warren tidak boleh memakai seluar, selain terpaksa bergantung kepada pemakanan antibiotik dan ubat setiap hari.

Apabila keluar rumah, Warren perlu mengenakan seluar besar yang diubah suai.

Katanya, bukan mudah bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan keadaannya begitu.

“Masalah ini memaksa saya menghabiskan lebih banyak masa di rumah,” katanya.

Bagaimanapun, keadaan itu tidak menjadikan Warren terlalu kecewa.

Menurutnya, selain mempunyai sahabat, dia mahu menjalin hubungan cinta dengan wanita idamannya.

“Di sebalik kekurangan ini, saya tidak kecewa, berputus asa atau terfikir untuk membunuh diri,” katanya.

Kata Warren, dia percaya masalah itu berpunca daripada insiden pada 2008.

“Saya terkepit kemaluan ketika tidur dan keesokan harinya, ia membesar seperti bola,” katanya.

Sementara itu, doktor berkata, Warren menghadapi masalah limfatik pada zakarnya menyebabkan berlaku takungan cairan pada organ berkenaan dan ia membengkak secara melampau.

UIA gantung tugas pakar perlembagaan Aziz Bari

Bukan sahaja diberi surat tunjuk sebab, Universiti Islam Antarabangsa (UIA) juga menggantung tugas pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarah undang-undang universiti itu.

Perkara itu turut terkandung dalam notis yang dikeluarkan padanya daripada unit undang-undang UIA.

Pensyarah paling kanan di fakulti undang-undang itu digantung bergaji sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.
NONE
Selain itu, difahamkan Aziz juga tidak dibenarkan memasuki pejabatnya di kampus Gombak ekoran kad aksesnya harus dipulangkan kepada pentadbiran universiti.

Difahamkan penggantungannya itu akan menjejaskan lebih 100 pelajarnya daripada daripada peringkat sarjana muda hingga ke doktor falsafah (PhD).

Aziz berkhidmat dengan UIA sejak 22 tahun lalu.

Sementara itu, dalam surat tunjuk sebab yang diserahkan tangan kepada Aziz, beliau dituduh "memberikan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti".

Aziz diberi masa sehingga 25 Oktober depan untuk menjawabnya.

Thursday, October 20, 2011

Irfan bimbang Selangor mampu bangkit kecewakan Terengganu

BAGI Terengganu dan Negeri Sembilan 'Debaran 90 minit' tetap menakutkan dan tidak mahu situasi selesa dinikmati mereka ketika ini diragut lawan masing-masing menjelang saingan separuh akhir kedua, Sabtu ini.

Irfan Bakti jelas belum mahu berseronok dengan modal dua jaringan Abdul Manaf Mamat sebagai jaminan mereka akan layak ke final Piala Malaysia pada 29 Oktober ini, sebaliknya akur Selangor akan kembali dengan corak taktikal menyerang di Kuala Terengganu.
Kali terakhir Terengganu layak ke final ialah pada 2001. "Masih ada lagi 90 minit di Kuala Terengganu. Kami akan cuba meraih kemenangan di laman sendiri dan layak ke final. Tapi saya masih menghormati Selangor.
"Mereka pasti akan hadir dengan corak taktikal menyerang. Untuk itu, kita juga akan terus beraksi secara menyerang kerana menyerang itu adalah cara bertahan terbaik," kata jurulatih Terengganu itu, kelmarin.

Pandangan itu turut disokong jurulatih Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah yang beranggapan 90 minit lagi bakal menjadi penentuan kemaraan skuad Rusa ke final sambil memberi amaran T Team tidak akan mudah tunduk sekali lagi.

Selena Gomez berada dalam ketakutan diancam pesakit mental


PASTINYA saat ini penyanyi remaja yang juga kekasih Justin Bieber, Selena Gomez, berada dalam ketakutan. Sesiapa pun akan berasa sedemikian sekiranya menerima ugutan bunuh yang mengecutkan perut.

Jika sebelum ini Gomez yang turut dikenali sebagai pelakon itu pernah mendapat ancaman daripada peminat penyanyi remaja tersohor itu, setelah gambar mereka dalam suasana penuh intim ketika bercuti tersebar di internet, kali ini ugutan yang diterima lebih teruk lagi.
Menurut laman gosip terkenal, TMZ, seorang lelaki berusia 46 tahun dikenali sebagai Thomas Brodnicki memaklumkan kepada orang ramai yang Tuhan menyuruhnya membunuh artis remaja yang popular dengan siri Wizards of Waverly Place itu.
Lelaki terbabit pula mempunyai sejarah sakit mental, jenayah mengendap dan melakukan ancaman. Tentunya ia kombinasi yang menakutkan sekali buat sesiapa saja. Berikutan ancaman berkenaan, Unit Pengurusan Ancaman, Jabatan Polis Los Angeles (LAPD) menangani kes itu dengan serius.

Gomez sendiri sudah pun ke mahkamah dan mendapatkan perintah supaya lelaki itu tidak mendekati dirinya kerana dia benar-benar berada dalam ketakutan.

Laut Tenang Terima Abu Al-Quran


Abu pembakaran puluhan ribu naskhah al-Quran seberat satu setengah tan yang dibuang ke laut berhampiran Pulau Sembilan di sini, pagi semalam, mempunyai warna kelabu walaupun dibakar yang dianggap pelik dan jauh berbeza berbanding kertas biasa yang menjadi hitam apabila dibakar.

Kejadian itu disaksikan lebih 30 ahli rombongan diketuai Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria ketika melakukan proses melupuskan abu al-Quran di sekitar perairan pulau berkenaan yang pertama kali dilakukan di kawasan laut dalam.

Abu al-Quran yang dibakar itu dikumpul Syarikat Percetakan Saufi di Batu 10, Jalan Cheras, Kajang, Selangor, sebelum dihantar ke dermaga Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut pada jam 9.30 pagi semalam menggunakan van milik syarikat berkenaan.

Sebanyak 170 plastik hitam mengandungi abu itu dipindahkan ke kapal KM Marlin milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum dibawa ke tengah laut kira-kira 8.2 batu nautika dari pangkalan TLDM.

 


Proses memindahkan abu al-Quran itu dilakukan dengan tertib apabila semua plastik seberat lapan kilogram setiap satu itu disusun teratur dengan bantuan anggota APMM.

Tugas membuang abu al-Quran itu seolah-olah dipermudahkan apabila laut yang mulanya agak berombak tiba-tiba menjadi tenang sebaik petugas terdiri dari pegawai Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Perak, Pegawai Pejabat Mufti dan Majlis Agama Islam Perak memulakan proses membuang abu.

Drebar Teksi Jadi Mumia



Seorang memerintah kerajaan yang besar dari istananya di tebing Sungai Nil. Manakala, seorang lagi menguasai jalan raya sebagai pemandu teksi di Torquay.

Walaupun kehidupan dua individu berkenaan berbeza dan dipisahkan oleh jarak ribuan tahun, namun Raja Tutankhamun dan Alan Billis mempunyai persamaan dalam satu perkara utama.

Billis yang sudah meninggal dunia adalah lelaki pertama yang diawet menjadi mumia mengikut cara penduduk Mesir kira-kira 3,000 tahun lalu.

Menggunakan teknik yang mengawet mayat Tutankhamun selepas kematiannya pada 1323 SM, saintis mengawet lelaki berusia 61 tahun terbabit ekoran kematiannya akibat kanser paru-paru.

Billis yang gemar menonton dokumentari bersetuju supaya tubuhnya diawet selepas menyaksikan iklan syarikat televisyen yang berhasrat merakam proses pengawetan itu. Isterinya, Janet, 68, memberitahu suaminya berkata: “Saya baru menghubungi seseorang mengenai proses pengawetan mayat. “Saya terkejut kerana ia sesuatu yang dijangka akan dilakukan oleh Billis,” katanya.

Lagi kes Hina Lagu Negaraku

Tak habis habis nak hina lagu negaraku...tu lagu negara sendiri wei!




sapa mamat bengom ni!

Kisah Pak Cik Di KFC

Lokasi : KFC sekitar aloq setar! [ada?]

cashier : makan sini ka bawa balik?
pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

Tuesday, October 18, 2011

Satu Platun Askar Korea Masuk Islam

Komandan & 37 askar masuk Islam:



Kapten San Jin-Gu adalah salah satu komandan Brigade-11SF, pasukan perdamaian PBB dari Korea Selatan yg ditugaskan di Iraq. Kapten San dan pasukannya bertugas di wilayah Irbil, Iraq Utara. Semasa bertugas di wilayah tersebut, dia sering mengamati orang-orang muslim bersolat berjemaah di masjid, kebetulan markas pasukannya berada dekat masjid. Dia sangat terpegun dengan gerakan-gerakan solat. Kerana dihinggapi rasa kagum, dia mencuba meniru seluruh gerakan solat dan dipraktikkan di biliknya bersendirian.

Semasa dia mempraktikkan gerakan solat itulah, dia merasakan ada ketenangan, dan perasaan damai dalam hatinya. Itulah sebabnya, gerakan-gerakan solat tersebut kemudian, dia jadikan program meditasi di pasukan yg dia pimpin (disamping Yoga), dan ternyata sebagian besar perajurit setelah mempraktikkan gerakan-gerakan solat tersebut merasakan perkara yg sama, mereka juga merasa lebih tenang dan damai.

Sejak itu Kapten San berinisiatif mempelajari Islam untuk mengenali dengan lebih mendalam lagi, dan akhirnya dia memutuskan untuk memeluk Islam.

Ketika niatnya ingin memeluk Islam disampaikan kepada perajurit-perajuritnya, dia berkata:

“aku telah menemui cahaya kehidupan yang sesungguhnya, aku ingin berada dalam cahaya itu, dan cahaya itu adalah Islam”.

Tanpa dia duga, secara spontan 37 orang askar di bawah pimpinannya mengangkat tangan mereka, sebagai tanda ikut bersama komandannya – untuk juga memeluk Islam.

Subhanallah-Walhamdulillah-Allahu Akbar!

Lelaki tidur berteman mayat rakan


GERIK: Berpantang maut sebelum ajal. Itulah ungkapan paling tepat bagi seorang lelaki yang masih hidup biarpun parah di kepala akibat ditetak dan patah kedua-dua kaki selepas dicampak dari atas sebuah jambatan setinggi kira-kira 40 meter di sini, sejak empat hari lalu.

Menambahkan lagi penderitaannya, sepanjang tempoh berkenaan, lelaki warga Pakistan terbabit terpaksa tidur bertemankan mayat dua rakan senegaranya yang sudah berulat dan reput selepas kedua-duanya terbunuh sejak hari kejadian.

Penderitaan lelaki berusia 30-an itu hanya berakhir apabila dia ditemui dalam keadaan tidak bermaya oleh penduduk kampung yang mencari pucuk paku di lokasi kejadian di bawah Jambatan Kenderong di Kilometer 8.9 Jalan Gerik - Kupang, kira-kira jam 2 petang semalam.

Difahamkan, untuk menyambung nyawa, mangsa yang cedera akibat ditetak di kepala dengan parang terpaksa minum air sungai dan lopak kerana tidak mampu merangkak naik ke tebing jambatan yang ketinggiannya bersamaan bangunan lima tingkat.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Manab Baharom berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan penemuan ketiga-tiga mangsa itu kira-kira jam 3.15 petang lalu bergegas ke lokasi kejadian

 

Cara Buat Duit Dengan Facebook


Kalu Dop Paham Kite Dop Leh Wat Apo Dah ! >.<

Hampir Tergoda - Perangkap SMS pelacur


Golongan isteri dan kaum hawa kini mempunyai sebab kukuh untuk memeriksa kotak simpanan khidmat pesanan ringkas (SMS) dalam telefon bimbit suami dan kekasih masing-masing berikutan terdapat satu taktik baharu bapa ayam dalam mempromosikan pelacur untuk lelaki berhidung belang.

Sindiket yang berselindung di sebalik sebuah pusat refleksologi itu dilihat begitu bijak memperdayakan sesiapa sahaja yang membaca SMS tersebut kerana ia seolah-olah kelihatan seperti mereka sedang mempromosikan model kereta.

Sumber memberitahu, antara SMS yang dihantar secara rambang itu ialah “Pelanggan dihormati, berkunjunglah ke bilik pameran kami di sini, terdapat 10 model kenderaan baharu yang sedia dipandu uji.”

Namun, maksud sebenar sindiket ialah untuk menjemput penerima SMS berkunjung ke premis tersebut manakala 10 model kenderaan itu pula merujuk kepada pelacur baharu.

“SMS tersebut sengaja direka begitu untuk mengelak kegiatan pelacuran di situ dari dikesan pihak berkuasa,” ceritanya.

Terdapat juga kandungan SMS lain yang dihantar khusus untuk merangsang penerimanya supaya segera melanggan pelacur asing. Antara SMS itu termasuk:

Dato M.Karathu Sah Tinggalkan Kelantan


Ketua Jurulatih Kelantan Dato’ M. Karathu dikhabarkan tidak lagi membimbing pasukan The Red Warriors pada musim 2012 selepas jurulatih itu mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan dan berehat panjang untuk luangkan masa bersama keluarga setelah banyak menghabiskan masa bersama kerjaya bola sepaknya.

Jurulatih kelahiran Perak yang telah membawa Kelantan muncul Juara Sumbangsih 2011, Juara Liga Super 2011 dan Naib Juara Piala FA 2011 itu pernah membimbing pasukan Kelantan pada tahun 1993 hingga membawa Kelantan mara ke separuh akhir Piala Malaysia 1993.

“Saya dengan Kelantan sudah sebati dan bersedia bila bila masa untuk membantu Kelantan dalam soal yang lain dan akan datang ke Kelantan untuk membantu seandainya khidmat saya di perlukan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan ( KAFA ) ” Kata Dato’ M Karathu kepada pihak media.

Nama James Peter Butler antara yang disebut sebut oleh penyokong Kelantan untuk menggantikan tugas Dato’ M. Karathu itu..Peter James Butler pernah membawa Kelantan muncul Naib Juara Piala FA pada musim 2009.

tahniah M.Karathu..jasa mu dikenang..berehatlah secukupnya..dan terima kasih atas segala bakti yang dicurahkan kepada pasukan Kelantan untuk musim ini....TRW Fans Love You !

Anak Muda Sekarang, Cita-Cita Tinggi

Cuti semester bagi murid-murid sekolah bagi sebuah sekolah yang berada di luar Bandar telah tamat tempohnya. Sekumpulan murid-murid pintar dari kelas 4 Seronok dengan seronoknya memulakan kelas pertama dengan Cikgu Sadiy.

Seperti kebiasaan pada awal kelas cikgu ingin menyematkan semangat belajar dalam diri pelajar dengan bertanyakan cita-cita mereka.

Satu persatu pelajar dengan bersemangat menjawab.

Farid : Saya ingin jadi Doktor.

Cikgu Sadiy : Bagus….nanti cikgu boleh dapatkan rawatan percuma.

Afifi :  Saya ingin jadi pemain tennis yang hebat.

Cikgu Sadiy : Bagus nanti ajarkan cikgu cara nak lempang bola tennis tu.

Cikgguuuuu!!!.Sahut seorang murid bernama Azizol dari meja belakang…

Cikgu Sadiy : Yer saya….

Azizol : Cita-cita dorang tak mencabar la cikgu…cita-cita saya ingin pecahkan rekod dunia..saya ingin menjadi orang pertama jejak kaki ke planet matahari.

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

Cikgu Sadiy : Saya rasa cita-cita awak tu akan menyebabkan awak dapat menetapkan tarikh mati awak la….kan planet matahari tu panas... terbakar la kaki awak tu…tengok macam petang ni la, panaskan…tapi ni jaraknya masih jauh..

Semua pelajar tengok Azizol...

Azizol : Ala…cikgu ni… cikgu…ingat saya ni ****h sangat ke, saya tahu la matahari tu panas…tapi saya bercadang nak pergi malam…malam kan sejuk..macam semalam sejuk je…..

Semua murid tepuk tangan dan bersorak.

p/s : Anak muda sekarang ni memang tak boleh diduga...tinggi sungguh cita-citanya

Kelainan Raja Lawak 6


SEMENJAK diperkenalkan kira-kira empat tahun yang lalu, program Raja Lawak Astro ternyata telah melahirkan begitu ramai pelawak-pelawak yang mewarnai dunia seni tanah air.

Nama-nama seperti Yusry Edoo, Ahmad Nabil Ahmad, Kumpulan Sepah, Kumpulan Kecik dan Abd. Rahman Kassim atau Man adalah antara peserta yang pernah muncul juara sepanjang lima musim rancangan berkenaan disiarkan di saluran Astro Prima.

Bagi meneruskan kesinambungan kejayaan rancangan yang mencungkil bakat-bakat pelawak pelapis tempatan, maka pihak Astro telah mengumumkan untuk menghasilkan program Raja Lawak untuk musim yang ke-6.

Naib Presiden Bahagian Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh berkata, untuk musim yang terkini ini terdapat beberapa perubahan yang dilakukan oleh pihak Astro.

“Jika sebelum ini rancangan Raja Lawak disiarkan di saluran Astro Prima, tetapi bermula pada musim yang ke-6 rancangan ini akan disiarkan pula di saluran Astro Warna.

“Tujuan peralihan saluran tayangan dibuat adalah berdasarkan kepada saluran Astro Warna sebagai sebuah saluran komedi dan objektif kami untuk membekalkan kandungan komedi yang berkualiti kepada pelanggan,” ujarnya pada satu sidang akhbar baru-baru ini.

Menurut Khairul, selain pertukaran saluran tayangan, pihak Astro turut membuat beberapa perubahan dari segi konsep dan format rancangan tersebut yang dilihat berbeza dengan musim-musim yang lalu.

Ujarnya, bagi musim yang terbaharu ini antara pendekatan yang dilakukan adalah dengan memperkenalkan Cif Kecik dan Cif Besar bagi membimbing para peserta yang akan bersaing nanti.

“Kesemua peserta yang terpilih nanti akan dibahagikan kepada tiga buah kumpulan. Selepas itu setiap kumpulan akan memiliki seorang Cif Kecik yang terdiri daripada pelawak tanah air.

“Tanggungjawab Cif Kecik ini pula adalah sebagai penasihat untuk peserta di bawah bimbingan mereka sebelum mereka membuat persembahan mingguan. Pada masa yang sama, ketiga-tiga Cif Kecik dan para peserta akan dipantau pula oleh seorang Cif Besar,” jelasnya.

Menurutnya lagi, antara matlamat utama kepada pengenalan Cif Kecik dan Cif Besar ini supaya rancangan berkenaan dapat melahirkan pelawak yang memiliki bakat, lontaran idea serta pemikiran terbuka agar lawak yang dipersembahkan nanti memberi impak kepada penonton.

Monday, October 17, 2011

Bayi keliru mana satu iPad, majalah


BAYI perempuan ini keliru apabila majalah yang diberikan tidak berfungsi sama seperti iPad milik ibunya. - YouTube

 

Benarkah pengasas bersama firma elektronik Apple Corp, mendiang Steve Jobs telah menunjukkan hala tuju masa depan manusia?
Sebuah akhbar di Britain melaporkan itulah yang kelihatan berlaku kepada seorang bayi perempuan.

Baru berusia setahun, bayi itu sudah pandai mengetik skrin komputer iPad milik ibunya tetapi apabila sebuah majalah diletakkan di hadapannya, dia menjadi keliru.
Anak kecil tersebut tidak faham mengapa gambar dalam majalah tidak bergerak seperti imej di skrin iPad apabila ditekan.

Telatah lucunya mencetuskan sensasi di laman perkongsian video YouTube selepas ibunya menghantar rakaman klip video berkenaan yang disiarkan baru-baru ini.

Jom Lihat Video Tersebut!!!

Sunday, October 16, 2011

Shah Rukh Khan Duta Kebersihan

Pelakon tersohor filem Hindi, Shah Rukh Khan, dinamakan Duta Muhibah Untuk Sanitasi dan Kebersihan dalam satu upacara pembukaan Forum Sanitasi dan Kebersihan Global Majlis Kerjasama Bekalan Air dan Sanitasi (WSSCC) di hab kewangan India itu.

 





Ketika membuat pengumuman itu baru-baru ini, penganjur forum global pertama sanitasi yang menarik lebih 300 peserta dari seluruh dunia, berkata Shah
Rukh Khan bersetuju dengan sukarela menyertai satu kempen bagi memastikan sebahagian besar kawasan di dunia dan penduduk India yang tidak mempunyai capaian memperbaiki sistem tandas mendapat kemudahan itu. Mengulas peranan barunya, pelakon Bollywood itu berkata, “Agak memalukan dan tragik setiap 30 saat seorang kanak-kanak maut akibat cirit-birit yang boleh dicegah, iaitu dua kematian kanak-kanak tidak sepatutnya setiap minit. Tandas untuk semua akan menjadikan India dan dunia sebuah tempat lebih sihat dan bersih, terutama kepada wanita miskin, gadis dan yang lain dalam lingkungan masyarakat.”

Tips Pengguna Broadband

[Tips Pengguna Broadband] kepada semua pengguna broadband ( celcom , maxis , digi , etc ) , nak line clear, kena wat camni..maybe leh lajukan line broadband anda..hikhik kena kilat baru taw ;p

 

Saturday, October 15, 2011

Maharaja Lawak Mega Tampilkan 47 Pelawak Otai Dari 3 Buah Negara


Melihat kejayaan besar yang dimiliki menerusi program Maharaja Lawak yang lalu, pihak Astro Warna membawakan pula sebuah lagi program istimewa untuk mencari yang terbaik di kalangan yang terhebat di rantau Asia Tenggara berjudul Maharaja Lawak Mega.

Bakal memulakan siaran secara langsung pada setiap hari jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober, program ini menampilkan 47 orang pelawak professional dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

Masih menggunakan format dan konsep yang hampir sama, nasib para peserta akan diadili dengan gabungan system pemarkahan juri tetap dan undian penonton. Kuasa Imuniti tetap dimiliki oleh ketiga-tiga juri tetap dan akan digunakan selepas mendapat persetujuan ketiga-tiga mereka.

Peserta yang paling menyerlah dan berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara dan akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM 350 000.

Thursday, October 13, 2011

Punca kematian Steve Jobs didedahkan


Pengasas Apple Inc., Steve Jobs disahkan meninggal dunia kerana masalah sistem pernafasan yang diakibatkan kanser pankreas.
Menurut sijil kematiannya, Jobs meninggal dunia di rumahnya di Palo Alto, California pada kira-kira pukul 3 petang Rabu lalu.

Sijil yang dikeluarkan oleh Jabatan Kesihatan Awam Santa Clara itu juga menyatakan punca kematian Jobs adalah sesak nafas berpunca daripada metastatic pancreas neuroendocrine tumor yang dihidapinya.

Tiada bedah siasat dilakukan ke atas pengasas Apple berumur 56 tahun itu.

Jobs disemadikan di tanah perkuburan di Palo Alto pada Jumaat lalu.

Isteri dan keluarga terdekat ikon teknologi itu berada disampingnya ketika Jobs menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Jobs yang menghadapi pelbagai masalah kesihatan sejak menjalani pembedahan ekoran penyakit kanser pada 2004, tidak pernah mendedahkan mengenai keadaannya kepada umum.
Apabila beliau meletakkan jawatannya sebagai ketua pegawai eksekutif pada Ogos lalu, Jobs hanya berkata, beliau tidak lagi mampu melaksanakan tugasnya tersebut.

iPhone 4S dijual 1j unit dalam 24 jam

Tempahan untuk iPhone terbaru iPhone 4S di Amerika Syarikat melebihi satu juta unit dalam tempoh 24 jam, mengatasi rekod jualan sehari iPhone 4 iaitu hanya 600,000 unit.

Ekoran itu, pelanggan yang telah menempah iPhone 4S berharga AS$200 (RM600) perlu menunggu lebih lama apabila ia mula dijual Jumaat ini kerana syarikat-syarikat telekomunikasi AS dilaporkan sudah habis menjual stok produk tersebut.

Sprint Nextel berkata, pihaknya telah menjual semua stok iPhone 4S versi itu dan ia tidak lagi menerima tempahan, namun ia masih menjual versi memori yang lebih tinggi dan lebih mahal.

Pesaingnya, AT&T dalam laman webnya semalam berkata, pelanggan yang menempah iPhone versi tersebut hanya akan menerima tempahan mereka dalam tempoh 21 hingga 28 hari.

Sebuah lagi syarikat telekomunikasi, Verizon dalam laman webnya berkata, pihaknya akan mula menghantar tempahan telefon bimbit itu pada 20 Oktober ini.

Berita itu membantu meningkatkan saham syarikat itu sebanyak lima peratus kepada AS$388.81 di pasaran saham Nasdaq.

Klon Osama Saman FBI


Gaspar Llamazares (kiri) dan Osama bin Laden


Ubah wajah jadi mirip muka bekas pemimpin al-Qaeda

MADRID: Seorang ahli parlimen Sepanyol berikrar menyaman Biro Siasatan Persekutuan (FBI) kerana menggunakan wajahnya bagi menghasilkan imej yang diubah suai secara digital menjadi pemimpin al-Qaeda, Osama bin Laden yang mati dibunuh komando Amerika Syarikat beberapa bulan lalu.

Skandal pengubahsuaian gambar secara digital itu membabitkan Gaspar Llamazares, yang terbongkar pada Januari tahun lalu apabila gambar beliau digunakan untuk mencipta imej Osama menggunakan komputer, ketika pemimpin itu diburu tentera Amerika sebelum dikesan di Pakistan.

Walaupun FBI memohon maaf, media Sepanyol melaporkan, agensi keselamatan Amerika itu menyiarkan semula imej Osama yang direka dengan gambar Llamazares, Jumaat lalu, dan hanya memadamkannya daripada laman web agensi berkenaan, semalam.

“Saya akan saman FBI kerana agensi itu tidak membetulkan semula imej yang digunakan. Mereka hanya memohon maaf, itu pun tidak ikhlas,” kata beliau kepada stesen radio Sepanyol, Cadena Ser.

Llamazares yang juga anggota parlimen parti pakatan United Left, berkata sebahagian daripada imej wajahnya digunakan untuk menghasilkan gambar digital menjadi dua individu.

“Kedua-dua individu yang dicipta menggunakan gambar saya digunakan sudah mati dibunuh,” katanya.
Media Sepanyol menyatakan, Llamazares merujuk kepada Osama dan pemimpin nombor dua al-Qaeda, Atiyah Abd al-Rahman yang terbunuh di Pakistan Ogos lalu.

Wednesday, October 12, 2011

Menu Nasi Goreng - Paling Best !! Mesti Cuba


macam-macam ada!!! silakan order =)

Gambar peribadi FB jadi promosi perempuan jalang

Seorang wanita bukan saja menjadi mangsa penyalahgunaan gambar profil yang menawarkan perkhidmatan pelacuran di facebook (FB) malah dia turut diugut individu tidak bertanggungjawab jika membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam, 8 Oktober lalu, mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lina, 43, sedang melayari laman sembang sosial, facebook sebelum menemui sebuah profil menggunakan gambar diri dan suaminya tanpa kebenaran.

Katanya, pemilik profil berkenaan itu turut memberikan nama baru untuk pasangan berkenaan.

“Saya menerima kejutan yang lebih hebat selepas menemui gambar peribadi yang digunakan sebagai umpan atau promosi perempuan jalang untuk kegiatan pelacuran melalui laman sembang sosial itu,” katanya.

Menurutnya, apabila dia dan suaminya menghantar pesanan ringkas kepada pemilik akaun profil berkenaan untuk mengeluarkan gambar, mereka hanya menerima mesej berbentuk ugutan.

Beliau berkata, pemilik berkenaan mendakwa tidak akan mengeluarkan gambar mangsa dan suaminya sebaliknya akan menyebarkan lagi gambar terbabit secara meluas di facebook.

“Seperti yang didakwa, suspek terbabit membuka akaun facebook baru menggunakan nama lain tetapi menyalahgunakan gambar saya dan suami.

“Malah maklumat peribadi dalam akaun berkenaan menyerupai identiti suami saya, kami bukan saja diaibkan tetapi identiti peribadi kami digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

sumber : metro

Kereta tertua di dunia dilelong AS$4.6 juta


Kereta yang dianggap tertua di dunia yang menggunakan kuasa stim dan masih boleh digunakan, dijual dengan harga AS$4.6 juta (RM14.2 juta) dalam satu lelongan.

Kereta buatan De Dion-Bouton et Trepardoux Dos-a-Dos Steam Runabout atau lebih dikenali sebagai “La Marquise,” yang dikeluarkan di Perancis pada 1884, dijual dua kali ganda daripada harga anggarannya dalam lelongan di Hershey, Pennsylvania, Jumaat lalu.
Syarikat lelongan, RM Auctions memaklumkan kereta yang mempunyai kelajuan maksimum 61 kilometer sejam dan sejak 127 tahun usianya kereta itu hanya mempunyai empat pemilik saja.
Pemilik terakhirnya ialah seorang pengumpul antik, dari Texas, John O’Quinn yang membeli kereta klasik yang pertama kali menyertai satu perlumbaan kereta pada 1887 dengan harga AS$3.5 juta pada 2007.

Kereta itu juga pernah menyertai perlumbaan antara London ke Brighton.

Bagaimanapun, pemilik terbaru kereta itu tidak didedahkan kali ini.

Tuesday, October 11, 2011

Pitbull Live In Malaysia Disember 2011. Let’s Dance!

Peminat muzik dance dan pop kini boleh bergembira dengan berita kehadiran penyanyi Amerika, Pitbull yang akan membuat persembahan secara live di Sunway Lagoon, Selangor pada 1 Disember 2011 bermula pukul 7pm. Menampilkan persembahan pembukaan oleh DJ Joe Maz, diikuti dengan aksi penuh tenaga oleh penyanyi yang tidak asing lagi, Mizz Nina.



Pitbull pernah membuat kunjungan ke Malaysia sekitar May lepas untuk acara tertutup. Dan, kini dia bersedia untuk konsert besar-besaran dengan kehadiran album ke-5 berjudul Planet Hit yang dilancarkan awal tahun ini. Pitbull dijangka akan membuat persembahan dengan lagu-lagu mengegar jiwa seperti I Know You Want Me, Give Me Everything, Hey Baby dan I Like It.

Monday, October 10, 2011

Kisah Antara Rokok Dan Motor

Ada seorang pelajar yang sedang menunggu bas sambil merokok ditegur oleh seorang polis.

Polis : “Kenapa kamu merokok?”
Pelajar : “Saya suka, tok.”
Polis : “Dari mana kamu dapat wang untuk membeli rokok?”
Pelajar : “Dari belanja sekolah saya.”
Polis : “Sehari kamu habis berapa? Dan harganya berapa?”
Pelajar : “Paling kurang satu kotak dan harganya sekitar RM10.50, tok.”
Polis : “Kenapa wang RM10.50 kamu bakar setiap hari? Cuba kamu kumpulkan wang itu selama setahun, mungkin kamu dapat membeli motosikal, tidak perlu menunggu bas yang sesak seperti ini.”
Pelajar : “Sekarang saya boleh tanya sama tok?”
Polis : “Tentu.”
Pelajar : “Apakah tok merokok?”
Polis : “Tentu tidak.”
Pelajar : “Tapi saya tidak nampak motor tok pon?”


p/s : BUDAK SEKARANG MEMANG , melawan je!! HAHA

Sunday, October 9, 2011

Pintu Exit Yang Cute



kat mana ada nih? Pintu Suka Hati ke nih ?


Mesti peminat tegar Doraemon ni

Yana Samsudin Alami Tekanan Paru-Paru Di Gunung Kinabalu


Yana Samsudin




Pelakon Yana Samsudin memberitahu dia mengalami tekanan pada bahagian paru-parunya akibat kekurangan oksigen semasa mendaki Gunung Kinabalu, Sabah untuk penggambaran drama Hatiku Di Kinabalu.Katanya kejadian berkenaan berlaku mungkin disebabkan dia tidak membuat persediaan rapi untuk mendaki gunung tersebut.

"Semasa memulakan penggambaran saya tidak sempat untuk membuat persiapan kerana terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti seni yang masih belum selesai."Saya cuma sempat melakukan senaman ringan beberapa hari sebelum itu.

Akibatnya saya mengalami kekejangan pada paru-paru kerana kekurangan oksigen semasa mendaki," ujarnya.Bagaimanapun kata Yana, memikirkan krew penggambaran telah sedia menunggunya di puncak gunung dia menggagahkan diri untuk meneruskan perjalanan selepas diberi bantuan oksigen selepas keadaannya didapati selamat.

Tidak serik dengan kejadian berlaku, Yana memberitahu dia berhasrat untuk mendaki Gunung Kinabalu sekali lagi jika berpeluang di masa hadapan."Pada awalnya selepas apa yang terjadi saya serik untuk mendaki gunung lagi tetapi selepas berkongsi pengalaman bersama rakan-rakan, perasaan untuk mendaki lagi semakin menebal," ujarnya.Drama bertajuk “Hatiku Di Kinabalu” itu kata Yana menjalani penggambaran selama 10 hari turut dilakonkan oleh Zul Ariffin dan Irma Hasmie.

Friday, October 7, 2011

Fida Putuskan Hubungan Cinta Dengan Mamat

Khabar angin telah kedengaran sejak minggu lepas yang percintaan mereka sudah berada dihujung jalan namun Fida & Mamat masih belum mengeluarkan apa apa kenyataan berkaitan isu tersebut. ( yes! ada peluang lah untuk datuk-datuk,duda-duda and jejaka-jejaka di luar sana,fida putuskan cinta beb! )

Namun pagi ini, kenyataan dari pihak Fida yang di temubual menerusi telefon mengesahkan yang mereka berdua kini sudah tidak mempunyai hubungan apa apa dan Fida mahu teruskan hidup tanpa Mamat.


Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut.

“Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”

“Tetapi, selepas difikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri disebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu diputuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”

Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?

“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”

“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”

Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?

Pengasas Apple Steve Jobs Meninggal Dunia

Apple berkata pengasas syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat itu, Steve Jobs ( Pengasas Apple ) meninggal dunia hari ini.

Beliau berusia 56 tahun.

Dalam satu kenyataan ringkas, Jobs meninggal dunia pagi ini selepas bergelut dengan penyakit kanser pankreas sejak sekian lama.

 


R.I.P Steve Jobs ( 1955 - 2011)

Wednesday, October 5, 2011

Aaron Aziz - Cuci Tangan Pakai Sabun


Aaron Aziz dah cuci tangan dah...

Tuesday, October 4, 2011

Najwa Latif Buang Ayah


 

Belum pun setahun menempa nama dalam arena muzik tempatan, Najwa Latif dihambat kontroversi apabila gadis berusia 16 tahun ini dikatakan sudah tidak berhubung dengan ayah kandungnya sejak beberapa bulan yang lalu.

Bukan itu sahaja, malah penyanyi Cinta Muka Buku ini, dikatakan telah membuang ayah kandungannya dalam kehidupannya. Perkara ini berlaku berikutan satu krisis keluarga yang berlaku dan Najwa tidak dapat menerima tindakan ayahnya ketika itu.

Krisis ini dikatakan berpunca daripada teguran ayah Najwa terhadap dia dan kakaknya, Syafiqa yang bertindak sebagai pengurusnya. Zass mendapatkan ayah Najwa, Abdul Latif Ismail bagi mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.

Namun, Abdul Latif seorang guru di Kota tinggi, Johor, ini tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara berkenaan, tetapi berharap dapat bertemu anak-anaknya sebelum berangkat ke Tanah Suci pada awal Oktober ini.

"Saya tidak mahu cakap apa-apa. Saya bimbang, masyarakat akan berfikir bukan-bukan mengenai keluarga saya dan anak-anak saya. Lagi pula Najwa sedang membina namanya. Apa yang berlaku, saya reda, mungkin ini sudah ditetapkan kepada saya.

"Cuma saya harap sangat dapat bertemu anak-anak saya sebelum ke sana. Saya tidak tahu apa nasib kita nanti. Adakah sihat, sakit atau menemui ajal di sana.

"Saya berdoa dapat berjumpa dengan anak-anak saya, itu sahaja," katanya yang tidak mahu berbicara mengenai masalah yang melanda keluarganya itu.

Najwa ketika ditemui berkata, isu itu terlalu peribadi kerana melibatkan keluarga dan enggan mengulas lanjut.

"Saya minta maaf, ini terlalu peribadi untuk diceritakan. Saya lebih selesa menutup mulut dan tidak mahu memberi sebarang komen. Jika ada pihak yang mahu bercakap, itu terpulang.

Monday, October 3, 2011

CCTV Rakam Gambar Hantu


GAMBAR yang disiarkan dimuat naik oleh Andrew Dasilva di YouTube menunjukkan kelibat hantu (dalam bulatan) di sebuah kedai telefon yang dibina di bekas tapak rumah anak yatim Yorkshire.


Seorang lelaki, Andrew Dasilva memuat naik imej kelibat seorang gadis yang dipercayai sebagai hantu di YouTube.

Imej itu mendapat liputan di beberapa laman web di Internet yang membincangkan mengenai sama ada ia sebenarnya gambar yang tulen.

Imej itu dirakamkan di sebuah kedai menjual telefon bimbit menerusi kamera litar tertutup (CCTV) pada waktu malam.

Dasilva memberitahu akhbar The Sun baru-baru ini, dia tidak percaya apa yang dilihatnya itu dan ia membuatkan dirinya berasa terkejut.

Kedai itu dibina di lokasi bekas tapak sebuah rumah anak yatim yang dikenali rumah anak yatim Yorkshire.

 

jom layan youtube cctv yang rakam gambar hantu


Pesawat kecil tersangkut pada Roda Ferris Sydney


PESAWAT ringan Cheetah S200 tersangkut di antara kabel keluli roda Ferris sebelum juruterbang dan penumpangnya diselamatkan.

SYDNEY - Sebuah pesawat ringan telah melanggar sebuah roda raksasa Ferris yang sedang bergerak di Festival Old Bar di Taree, kira-kira 250 kilometer dari Sydney, Australia dan nyaris membunuh dua orang kanak-kanak.

Pesawat itu tergantung selama beberapa jam di atas struktur itu sebelum juruterbang dan penumpangnya berjaya diselamatkan. Orang ramai nyata sangat terkejut melihat pesawat Cheetah S200 itu merempuh roda terbabit dan tersangkut di atasnya.

"Sangat mengejutkan," kata Gary Jones yang dua orang anaknya baru sahaja menaiki permainan tersebut. Seorang budak lelaki berusia sembilan tahun dan remaja perempuan berumur 13 tahun berjaya diselamatkan

Saturday, October 1, 2011

Bila Kereta Evo Menjadi Tempat Untuk Tidur


sempoi je...bila proton nak keluarkan katil cam ni plak yea?

Ikan Duyung Yang Sebenar



tidak terkata..senyum tak perlu kata apa apa

4,000 coli digantung di atas jambatan


Orang ramai berjalan di atas jambatan Hot Metal Bridge di bandar raya Pittsburgh yang digantung dengan 4,000 helai coli kelmarin.


 

 

PITTSBURGH, Amerika Syarikat (AS) - Sebanyak 4,000 helai coli digantung di sepanjang sebuah jambatan di sini dalam kempen meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit barah payu dara, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Coli berbagai saiz dan beraneka warna itu berkibar ditiup angin selepas digantung di atas wayar jambatan Hot Metal Bridge yang menghubungkan sungai Monongahela dengan pusat bandar raya ini, negeri Pennsylvania.

Semua coli tersebut akan digantung selama tiga minggu bermula kelmarin sebelum pakaian dalam itu dicuci dan didermakan ke beberapa rumah perlindungan wanita.

Coli-coli itu dibekalkan oleh pihak pengurusan syarikat pakaian tempatan, American Eagle Outfitters yang bertanggungjawab mencetuskan idea untuk mengadakan kempen tersebut.

Selepas coli-coli itu digantung kelmarin, ia berjaya menarik perhatian para pengguna jambatan berkenaan serta pihak media.

"Saya langsung tidak menyangka akan melihat sebegitu banyak coli. Kempen ini hebat. Saya berhenti untuk merakam pemandangan unik ini," kata seorang pengguna jambatan tersebut, Monica Minetola. - Agensi
Related Posts with Thumbnails